|
Memasuki 15 Ramadan, penyanyi Ernie Zakri memberitahu biarpun jadualnya padat namun dia tetap berasa teruja kerana dapat bersahur dan berbuka puasa bersama suami iaitu penyanyi Syamel.
Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, berkata dia juga melalui perubahan yang ketara dari segi suasana memandangkan tahun sebelum ini hanya menyambut Ramadan bersama ibu bapanya sahaja. "Boleh kata sepanjang bulan Ramadan ini, jadual saya sangat-sangat la padat. Bukan saya seorang sahaja, tapi Syamel pun sibuk juga. Kami sedang sibuk nak promosikan lagu duet kami, Goodbye Hello. "Tapi apa yang saya boleh katakan, banyak perubahan yang ketara selepas saya berkahwin. Terutama pada bulan Ramadan ini. Kalau dahulu, saya berpuasa dan berbuka bertiga bersama ibu bapa sahaja.
"Untuk Ramadan kali ini, perubahan yang ketara itu dari segi suasana la. Saya dapat berbuka puasa dan bersahur bersama suami. Kadang-kala kami berbuka di rumah keluarga saya atau mentua," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.328851 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.