Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kebimbangan mengenai lonjakan kes baharu dan kematian akibat Covid-19 di India. "Situasi ini amat menyayat hati," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, kepada pemberita.
Kenyataannya susulan gelombang penularan Covid-19 di India menyebabkan kesesakan hospital, manakala krematorium di negara itu beroperasi pada kapasiti maksimum. Lonjakan kes sejak beberapa hari lalu menyebabkan keluarga pesakit menggunakan media sosial kerana terpaksa meminta bantuan bekalan oksigen dan mengetahui lokasi di mana hospital yang masih mempunyai katil. Situasi itu juga menyebabkan New Delhi kini melanjutkan sekatan pergerakan (lockdown).
WHO berkata, pihaknya menggerakkan 2,600 pakar daripada pelbagai program termasuk polio dan tuberkulosis (batuk kering) untuk membantu pihak berkuasa kesihatan India. India dengan populasi 1.3 bilion menjadi pusat penularan terbaru pandemik itu yang sudah menyebabkan lebih tiga juta kematian di seluruh dunia. Susulan perkembangan membimbangkan ini, pelbagai negara termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS) menghantar bekalan bantuan ke negara berkenaan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Itzy replied at 27-4-2021 01:40 PM
zalim sangat kerajaan india dekat orang islam di india.
helicornia replied at 27-4-2021 03:07 PM
gambar kt atas tu gambar apa
helicornia replied at 27-4-2021 03:07 PM
gambar kt atas tu gambar apa
CiliPadiSedap replied at 27-4-2021 11:37 PM
Teringat dulu kerana mulut india nk boikot minyak sawit malaysia nasib baik kaka goreng ikan bilis g ...
Zhana replied at 28-4-2021 01:38 AM
awak duduk india ke
ADVERTISEMENT