Seorang pemandu kereta di England bukan sahaja ditahan kerana menggunakan telefon bimbit, malah dia menyiapkan secawan teh ketika memandu! Pada mulanya anggota polis trafik mengesan pemandu berkenaan yang ketika itu melalui lebuh raya M62 sedang menggunakan telefon bimbit, lapor Metro.co.uk.
Selepas memintas dan menahan kereta berkenaan, anggota polis bertugas terkejut apabila melihat ke dalam kenderaan pemandu tersebut. Terdapat cerek di kerusi penumpang dan tumpahan susu di lantai kereta. Insiden itu turut dikongsikan di Twitter North West Motorway Police. "Anggota polis trafik memberhentikan sebuah kenderaan di M62 kerana pemandunya menggunakan telefon bimbit semasa memandu. "Ketika anggota itu memberhentikan kereta, dia melihat pemandu berkenaan juga sedang membuat secawan teh!" demikian menurut ciapan yang dimuat naik.
Ia juga menyatakan laporan kesalahan lalu lintas turut dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan. Sumber: mStar
|
Belibis replied at 28-4-2021 01:42 PM
Mr bean siap gosok gigi dalam kereta.
Belibis replied at 28-4-2021 01:42 PM
Mr bean siap gosok gigi dalam kereta.
matchstick: Teh o ke teh tarik.. kalu teh tarik baru power
ADVERTISEMENT