Penyanyi dan pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Naim Daniel, 24, mengakui dirinya tidak tergesa-gesa untuk mencari kekasih bagi mengisi kekosongan di dalam hati. Ujar Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Bahrin ini lagi, dia juga tidak terguris hati apabila menerima banyak soalan berkaitan jodoh dan bilakah ingin mendirikan rumah tangga daripada media dan peminat.
Malah, dia sendiri tertanya-tanya bilakah dirinya akan bertemu jodoh kerana sangat sibuk dengan kerja dan kerjayanya sebagai pelakon dan juga penyanyi. Namun, di sebalik kegusaran mengenai soal teman wanita, Naim ada memaklumkan bahawa dia menerima sebuah berita gembira, baru-baru ini. “Macam mana nak ke arah itu, kalau asyik sibuk dengan kerja saja. Baru minggu lepas, ada satu berita gembira. Rumah yang saya beli di Semenyih, Selangor, sudah boleh masuk. Ada yang usik, saya ini dah ada semuanya tapi calon isteri sahaja belum ada lagi.”
Penyanyi lagu Purnama itu ditemui baru-baru ini ketika majlis sidang media filem Siapa Tutup Lampu yang diadakan di ibu kota pada Khamis lalu. Ujarnya lagi, ibu-bapanya juga tidak pernah memaksa dirinya untuk berkahwin namun lebih menyokongnya untuk terus bekerja mencari duit. “Pelik juga mereka tak suruh. Ibu saya pula, lebih cenderung suruh saya kerja daripada berkahwin. Saya tak kisah pun sebab bolehlah berbakti pada mereka sebaiknya dahulu..” kata Naim lagi. Terdahulu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita seperti Sasha Abedul, Bunga Isme dan juga terbaru, Iman Troye. Sumber: BeautifulNara
|
3chanceno replied at 28-4-2021 04:07 PM
Ko umur berapa dik dan lelaki pulsk tu! Pelik pulak retis laki yg up crita gini!
imransulaiman replied at 28-4-2021 03:35 PM
Mungkin radar parents dia kuat mengatakan... {:thief
Kurex: Bukan dah kawen dengan hatta dolmat ke
ketupatnasi replied at 28-4-2021 04:12 PM
Kaann.. Mcm gegirl sembang.
namr replied at 28-4-2021 04:19 PM
Sbb ko duk dlm lemari lg..dorang dh tahu tu
ashilalat replied at 28-4-2021 06:02 PM
Mungkin sbb kau gayah dik..mungkin mak ayah ko dah tau, cuma depa x pecah lobang je. Ko tunggu je la ...
ADVERTISEMENT