CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ambillah kedai runcit saya, memang tak mampu nak bayar kompaun RM50,000'

29-4-2021 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7540| Komen: 97


KOTA BHARU: "Ambillah kedai runcit saya sebagai ganti, saya memang tidak mampu untuk membayar kompaun sebanyak RM50,000,".

Demikian luahan Mansah Marjurin, 47, antara tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 Ahad lalu bagi kesalahan beroperasi lebih masa ketika Perintah KawalanPergerakan (PKP).

Mansah yang berniaga kedai runcit di Jalan Chempaka di sini, berkata sememangnya dia tidak mampu untuk membayar kompaun kerana bayaran rumah juga sudah tertunggak sejak tujuh bulan lalu, selain sebuah kereta ditarik pihak bank sejak PKP.

Menceritakan kejadian jam 11.40 malam ketika didatangi empat anggota polis, bapa kepada tiga anak berusia tiga hingga sembilan tahun itu berkata, kedai runcit miliknya sudah ditutup, namun hanya pintu kecil tidak berkunci kerana ketika itu ada saudara datang berkunjung.

"Memang saya sudah tutup kedai dengan semua pintu sudah dikunci, namun jam 10 malam saudara isteri datang berkunjung dan ketika itu kami sedang berborak di dalam kedai.

"Pintu kecil pula dibuka kerana ada anak kecil yang keluar masuk, bukannya untuk pelanggan. Selepas itu saya terkejut apabila anggota polis datang dan bertanyakan kenapa kedai masih beroperasi.

"Saya sudah jelaskan dengan menunjukkan pintu gril yang ditutup, namun tetap disaman RM50,000," katanya ketika ditemui hari ini.

Mansah yang berasal dari Bukit Tinggi, Klang mengakui sangat terkejut melihat jumlah kompaun yang dikenakan kerana pendapatannya hanya bergantung kepada jualan kedai runcit dan isteri yang tidak bekerja.

"Sejak malam itu, saya buntu dan tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Saya juga belum tampil membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah kerana masih dalam keadaan terkejut. Mungkin hari ini saya pergi membuat rayuan.

"Jika diminta bayar, memang saya tidak mampu, ambillah kedai runcit saya sebagai ganti," katanya yang tinggal di Taman Tanjung Mas, di sini.

Media semalam melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga, termasuk seorang peniaga burger pada Ahad lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga berkenaan.

"Peniaga itu akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan di bawah Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya," katanya.
 



Sumber : Berita Harian


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissYouSayang 28-4-2021 03:38 PM
ya tohannn.ade lg yg kena aniaya.aku nak tau sgt2 sape yg kuar surat kompaun pegi tibai 50k sedebuk tu.seluruh netizen tgh tunggu nk maki jerr ni
Quote Boomibulat 28-4-2021 03:39 PM
MissYouSayang replied at 28-4-2021 03:38 PM
ya tohannn.ade lg yg kena aniaya.aku nak tau sgt2 sape yg kuar surat kompaun pegi tibai 50k sedebuk  ...

Nilopa mampu bayar takkan sskjp lain tak mampu..gitu kut perkiraan polisi
Quote Atata 28-4-2021 03:39 PM
Bongoknya polis tu.. dia br bgaduh ngan bini ke apa. Meminta sgt dikecam
Quote Skuau 28-4-2021 03:42 PM
polis...sila kemukakan hujah anda pulok...nk dgr drp 2 belah pihak dlu....
Quote MissYouSayang 28-4-2021 03:44 PM
Boomibulat replied at 28-4-2021 03:39 PM
Nilopa mampu bayar takkan sskjp lain tak mampu..gitu kut perkiraan polisi

Lahanet betol si lopak paki tu.gara2 dia sorg je,peniaga kecik kelate plak yg kena amok dgn polis iq sebaris ni
Quote Orix 28-4-2021 03:48 PM
camtu baik kau buat perintah semua x leh kuar rumah lepas pukul 10 je hanat.... so xde la kedai yg bukak bila xde yg boleh keluar... spe yg keluar rumah saman je lah individu tu... lagi efektif nak bendung covid di serambi mekah al mukarromah.. tak begitu AJK kubang kerian @famri7 ?
Quote sharlenetexas 28-4-2021 04:03 PM
Jahberger tak tolong bayar ke untuk pakcik ni?
Quote saviour_09 28-4-2021 04:06 PM
sek kito jangey pecoh

sek kito pakat bayar samey rama2

mugo sek kito jugok hok gi beli nyooooo
Quote noor2 28-4-2021 04:10 PM
MissYouSayang replied at 28-4-2021 03:38 PM
ya tohannn.ade lg yg kena aniaya.aku nak tau sgt2 sape yg kuar surat kompaun pegi tibai 50k sedebuk  ...


Kaka rasa jab polis kelantan dah kekurangan duit.... tambah2 nk raya ni...tu yg pow duit rakyat kaw2...hehe
Quote JunkMail 28-4-2021 04:14 PM
Polis2 ni balas dendam sebab kartel polis terbongkar ke??
Quote sfrnna 28-4-2021 04:16 PM
Okay la. Pasni sapa2 kena 50k bole update kat social media. Nanti ada la retis buat tabung tolong bayar. Nelopa apa lagi. Tolong la orang Kampung mu
Quote songhara1226 28-4-2021 04:20 PM
saviour_09 replied at 28-4-2021 04:06 PM
sek kito jangey pecoh

sek kito pakat bayar samey rama2

Tapi sek kito x dk pitih bnyk supo nga jah burger,

Ado pon samah siya nk wak beli nasi air dingin buko poso hrini,

Jah burger x sey moreh mknn kedai runcit ko male ni
Quote any42 28-4-2021 04:21 PM
apebenda la lg dgn saman 50k ni. kesian org nk cri rezeki kna bgolok gadai byar sman merapu mcm ni
Quote cmf_premierleag 28-4-2021 04:22 PM
mmg skang ni kalo nk join polis,mmg SPM paper fail pun bleh join ke hapa???
Quote ketupatnasi 28-4-2021 04:23 PM
Dah tag jah ke belum nehh??
Quote kakikuDibibirmu 28-4-2021 04:23 PM
Huk aloh klate gedebe kote buah mempele serambi moscow
Quote laksmanabentan 28-4-2021 04:28 PM
apa lagi jah...
upload gambar biskut2 pulakk..
jom moreh malam ini gitu....
moreh makan biskut pulak kannn...

takkan moreh nak makan burger aja kan..
peluang ni sementara belum ada siapa2 yg offer nak bayarkan....
Quote n3ar 28-4-2021 04:29 PM
Apa masalah geng2 polis sskjp ni? Rajin sgt bg kompaun tinggi2
Quote citulla3 28-4-2021 04:32 PM
ai tak mampu nk menyumpah lagi dah pak2 polisi nie...hanya gelengan kepala je yg mampu dibuat skrg nie...

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.056336 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top