|
Walaupun media sosial dilihat sebagai medium yang paling penting pada masa kini lebih-lebih lagi buat para selebriti, namun hal ini berbeza buat penyanyi rap, Loca B.
Menurut Loca B atau nama sebenarnya, Nabilah Hani Azali, dia mengambil keputusan untuk 'menjauhkan diri' seketika daripada media sosial sejak dua bulan lalu. "Saya matikan notifikasi di media sosial sejak dua bulan agar tidak selalu menghabiskan masa terlalu kerap di sini bagi mendapatkan sedikit ketenangan. "Media sosial sering memberikan rasa kebimbangan melampau (anxiety) pada diri saya.
"Tapi saya sangat menghargai anda semua yang selalu tag dan beri direct message pada saya. Maaf tak dapat nak balas," katanya. Sebelum ini, beberapa selebriti popular seperti Diana Danielle, Remy Ishak dan Ardell Aryana juga pernah berkongsi mengalami serangan kebimbangan (anxiety attack) sehingga mengganggu fokus mereka terhadap kerjaya seni.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.038097 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.