Kuala Lumpur: Seorang anggota polis trafik membuat laporan polis susulan penularan gambarnya yang tidak memakai pelitup muka ketika bertugas di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian itu berlaku pada Rabu lalu ketika anggota terbabit sedang bertugas mengawal lalu lintas di sekitar jalan berkenaan dan Lorong Tunku Abdul Rahman 7 iaitu di kawasan pasar malam bermula jam 1 petang hingga 10 malam. "Anggota itu baru selesai berbuka puasa bersama lima rakan sekerja lain di bawah sebuah khemah di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Esfahan berhampiran sebuah pusat beli belah jam 8 malam.
"Selepas berbuka puasa, anggota berkenaan menuju ke motosikal untuk meneruskan tugasannya dan gambar terbabit dipercayai diambil sebelum dia memakai semula pelitup muka serta topi keledar untuk meneruskan rondaan. "Berikutan itu, anggota berkenaan membuat laporan polis kerana tindakan individu terbabit (mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial) cuba menjatuhkan maruahnya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya. Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat berhubung perkara itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana- mana balai polis berhampiran. -CARI Sumber: Harian Metro
|
"Anggota itu baru selesai berbuka puasa bersama lima rakan sekerja lain di bawah sebuah khemah di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Esfahan berhampiran sebuah pusat beli belah jam 8 malam.
"Selepas berbuka puasa, anggota berkenaan menuju ke motosikal untuk meneruskan tugasannya dan gambar terbabit dipercayai diambil sebelum dia memakai semula pelitup muka serta topi keledar untuk meneruskan rondaan.
ADVERTISEMENT