Pelakon Kuza bengang dengan tindakan sebuah produksi yang merahsiakan mengenai status jangkitan Covid-19 seorang pelakon dalam drama yang turut dibintangi olehnya, baru-baru ini.
Lebih menambahkan kemarahan aktres berusia 48 tahun itu apabila mengetahui rakan pelakonnya dalam drama tersebut turut dijangkiti virus influenza. Selepas mengetahui mengenai perkara itu, Kuza atau nama sebenar Tengku Sariza Tengku Muzani memberitahu dia dan semua pelakon terlibat segera melakukan ujian calitan bagi mengetahui status kesihatan mereka. Kuza bagaimanapun bersyukur apabila kesemua mereka disahkan bebas daripada jangkitan virus tersebut. "Apa pendapat korang bila dapat tahu salah seorang artis yang shooting telah disahkan positif Covid? Padahal artis tu dah beritahu pada pihak tertentu bahawanya dia sakit dah 10 hari dan ada contact rapat dengan pesakit Covid.
"Lepas tu tak beritahu pada kami artis semua. Bila kami artis ni dapat tahu saja salah sorang rakan artis, bukan (dijangkiti) Covid sahaja tapi influenza juga kau rasa? Boleh bayangkan tak perasaan kami masa tu "Kami ada anak, ada keluarga! Apa lagi terus saja kami artis buat PCR test! Alhamdulillah, saya negatif," katanya. Pelakon drama Rindu Yang Hilang ini menulis luahan hatinya menerusi laman Instagram pada Rabu. Dalam pada itu, Kuza meminta pihak produksi bersikap jujur dan telus dalam menyampaikan maklumat jika ada antara mereka dijangkiti wabak berbahaya itu.
|
anony-mous replied at 30-4-2021 11:30 AM
Drama, sekolah, tmpt kerja, punya la byk kes. Yg disuruh tutup bazar, mjlis sosial
ADVERTISEMENT