CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amar Asyraf Pakai Serban Setiap Hari, Semakin Aktif Sertai Tabligh

30-4-2021 12:45 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9245| Komen: 45|Original author: Oleh: Saiful

Amar Asyraf kini selesa mengenakan serban dalam pemakaian sehariannya.

Kata pelakon ini dia mengambil keputusan untuk berubah penampilan kerana ingin mencontohi cara hidup Nabi Muhammad SAW dan berharap agar penghijrahannya itu mendpat keberkatan.


Difahamkan pelakon ini juga semakin aktif menyertai kelas agama dan mengikuti kumpulan tabligh.


Foto: IG

"Saya idolakan Nabi Muhammad dan sudah tentu kalau boleh kita pun nak ikut contoh pemakaian seperti Nabi, InsyaAllah.

"Saya mula sertai kelas tabligh sejak bulan Januari lalu dan antara rakan artis yang sama-sama dengan saya ialah seperti Datuk Nash, Ali XPDC dan Hafiz Suip.


"Memang nampak seperti mendadak (perubahan Amar) tapi itulah dia keajaiban hidayah daripada Allah SWT... doakan semoga saya terus istiqamah," katanya kepada mStar.



Selepas ini, Amar juga akan mengelak daripada melakukan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.

"Saya masih nak terus berada dalam bidang ini... walaupun begitu mungkin saya akan kurangkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.

"Saya faham ada orang yang terus tak nak pegang (bila dah berhijrah) tapi lakonan perlu ikut logik.




"Kalau ada adegan yang tidak boleh sangat nak tipu dengan teknik kamera, mungkin saya terpaksa buat juga... tapi kalau boleh saya minta pada Allah tunjukkan jalan yang ada."

Tambah Amar dia akan terus berada di dalam industri hiburan untuk ajak kawan-kawan yang lain menuju ke jalan Allah.

"Setakat ini paling lama saya pernah keluar bersama kumpulan tabligh adalah selama 10 hari dan Alhamdulilah semoga saya terus istiqamah dengan penghijrahan ini." -CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 30-4-2021 12:48 PM
Lepas sekor2 masuk tabligh, tiap kali ada retis masuk tabligh, dan2 masa tu jugak nak bukak benang gosip padahal bukan gosip pun
Quote cikpah27 30-4-2021 12:49 PM
percubaan nak sucikan diri ke ni? Tapi kalau betul ikhlas semoga berkekalan..
Quote Lailerthee 30-4-2021 12:52 PM
Alhamdulillah
Quote exclusive_vvip 30-4-2021 12:53 PM
Semoga istiqamah...tapi kan, i perasan retis2 skrg jenis mencanang bila berubah, nak tunjuk alim, psl2 amal ibadat ni..buat solat dhuha pun nak citer..takde nak diam2...retis2 dulu especially zaman P Ramlee, kalu yg alim tu mmg tau dia tu jenis alim n ada ilmu agama lebih..contoh mcm arwah Ed Osmera..org tau dia jenis warak, tapi bukan dia sendiri yg self proclaimed...
Quote ezacbee 30-4-2021 12:53 PM
Jangan jadi penunggang agama tau..
Quote tipah89 30-4-2021 12:56 PM
cikpah27 replied at 30-4-2021 12:49 PM
percubaan nak sucikan diri ke ni?  Tapi kalau betul ikhlas semoga berkekalan..

yela tu setelah kes mencelup merata2 tersebar. betul semoga berkekalan la yek kalau ikhlas.

Quote bakingsoda 30-4-2021 01:11 PM
asal hijrah je drastik sampai kena pakai mcm ereb 24 jam. pasni rimas drastik jugak uturn. harap istiqomah
Quote JalaEmas 30-4-2021 01:14 PM

"Kalau ada adegan yang tidak boleh sangat nak tipu dengan teknik kamera, mungkin saya terpaksa buat juga... tapi kalau boleh saya minta pada Allah tunjukkan jalan yang ada."

okey.
Quote timohnotecah 30-4-2021 01:14 PM
Edited by timohnotecah at 30-4-2021 01:16 PM

Tabligh selalunya jadi tempat retis retis sendu mengubat kekecewaan dunya....dan untuk pulih imej. Sekian
Quote timohnotecah 30-4-2021 01:18 PM
exclusive_vvip replied at 30-4-2021 12:53 PM
Semoga istiqamah...tapi kan, i perasan retis2 skrg jenis mencanang bila berubah, nak tunjuk alim, ps ...

Sekalang zaman menunggang....mahu tunjuk siapa yang terpaling antara yang terpaling.....
Quote krustykrab 30-4-2021 01:41 PM
Bila covid dah hilang, sarban ko, tabligh ko pun ikut sama hilang
Quote sharlenetexas 30-4-2021 01:51 PM
PR stunt.


Quote AbukRokok 30-4-2021 01:58 PM
kita tggu thun 2023
Quote bottombikini 30-4-2021 01:59 PM
exclusive_vvip replied at 30-4-2021 12:53 PM
Semoga istiqamah...tapi kan, i perasan retis2 skrg jenis mencanang bila berubah, nak tunjuk alim, ps ...

ed osmera ni yg jadi leftenan dalam prebet badul tu kan
penah nampak dia ni gaknye time tu dia ziarah mak dia kat kg

putih ensem


kalau tak silap family dia pun jenis org2 agama sama jenis cam jalaludin gak la


tapi si amar ni geli nengok dia belakon dalam drama dihujung ranting
cam sama je dalam kisah benar hidup dia


Quote helicornia 30-4-2021 02:01 PM
lepas byk kes, sampai cerai berai masuk tabligh pulak.
dh tkde job belakon ke
Quote sfrnna 30-4-2021 02:03 PM
Edited by sfrnna at 30-4-2021 02:07 PM

Okay je. Tp Jangan plak pasni dok jadi anti vax dan pull out anak dari sekolah okayyyy. Btw, org yg nak nampak alim ni wajib pakai tudung paling labuh, berserban Dan berkurta je ke. Kat arab tu lain lah dah culture. Dok pakai serban 24 jam pun kat rumah dera anak bini. Yang kat Malaysia ni dah kenapa. Pakai biasa2 dah tak nampak alim pulak kan. Orang tak tau hang alim. Kahkahkah
Quote renko 30-4-2021 02:06 PM
Quote irish_ieka 30-4-2021 02:55 PM
percubaan bersihkan nama ke sis
Quote Belibis 30-4-2021 02:58 PM
exclusive_vvip: Semoga istiqamah...tapi kan, i perasan retis2 skrg jenis mencanang bila berubah, nak tunjuk alim, psl2 amal ibadat ni..buat solat dhuha pun nak citer. ...

Zaman dulu kena tunggu wartawan tulis,zaman sekarang retis tulis dan post sendiri berita masing2.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.080593 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top