Kuantan: Mayat dua beradik yang hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Rekoh, Rompin kelmarin, ditemukan pada malam tadi dan pagi hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, mayat Dhenis Maulida Putri Masari, 7, ditemukan terapung kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung pada 8 malam tadi. Menurutnya, mayat adiknya pula, Putri Rama Dhania Azahra, 3, ditemukan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan kakaknya oleh penduduk kampung pada 7.30 pagi hari ini. "Mayat dua beradik itu kemudiannya dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian 11.15 pagi kelmarin, dua beradik itu dikhuatiri lemas selepas terjerumus ke dalam sungai apabila motosikal ditunggang ibu mereka hilang imbangan ketika melalui jambatan gantung Kampung Rekoh, Rompin. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Skuau: memang jambatan tu....motor boleh lalu ke
Ciktiekus replied at 30-4-2021 03:14 PM
Ada je lagi kampung2 yg pakai jambatan gini..masalahnya jambatan xselenggara..so pagar tu byk te ...
Skuau replied at 30-4-2021 03:42 PM
mmmm......maknanya ada masalah 'kecuaian' la kat sini.
Ciktiekus replied at 30-4-2021 04:14 PM
Separuh2 la..maybe die biasa lalu situ hari2 xde ape kan..tp nasib xbaik hari kejadian hilang imba ...
ADVERTISEMENT