|
Lebih sedekad bergelar pelakon, Amar Baharin, 36, akur tawaran drama kian berkurangan, malah tidak lagi menjadi pilihan utama penerbit mahupun pengarah.
Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan pada 2014 itu sedar, persaingan semakin sengit dengan kehadiran ramai bintang baharu. Bagaimanapun, suami kepada pelakon, Amyra Rosli itu tidak sesekali tergugat dengan kehadiran pelakon baharu kerana sentiasa percaya pada rezeki. "Bukan soal saham menjunam disebabkan sudah berumahtangga, tetapi kita tidak boleh menidakkan peredaran masa. Sekarang, ramai kehadiran bakat baharu yang lebih muda. "Namun, saya tidak pernah rasa terancam, sebaliknya melihat sebagai persaingan sihat. Alhamdulillah, biarpun kini saya hanya menjadi pilihan ketiga atau keempat untuk memegang watak utama, tetapi setakat ini, rezeki tidak pernah putus.
"Saya hanya berhenti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menyambut kelahiran cahaya mata kedua, Ayra Aryssa, tahun lalu," katanya kepada BH Online.
|

tagas replied at 30-4-2021 05:44 PM
Drama ape yg top mamat nih
muka skema2 nerd2 stok aku tukaw

Kepot: Drama baru dia jd hero tuu “ hati yg tersakiti “ mmg tak bleh blah. Sbb drama tu adaptasi telenovela fav iols “ mistress hermanas “ watak utama ja ...
raut wajah dia lembut...baik sebelum bertudung sampai dah bertudung
belacan_gurl replied at 1-5-2021 05:11 PM
Wife dia lawa sgt bagi aku... lagi lawa dari ayda jebat,melvin apantah bini si sam,migha pijah ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.612080 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.