CANBERRA – Penduduk sebuah bandar tidak jauh dari Sydney terpaksa berkurung dalam rumah selepas kawasan kejiranan di situ diserang ribuan burung kakak tua, lapor Daily Star semalam. Serangan itu yang dimuat naik di akaun TikTok @justsheff33 menunjukkan ribuan burung kakak tua berwarna putih terbang dan memenuhi halaman rumah dan juga jalan-jalan sekitar. Insiden yang berlaku di Nowra itu dianggap menakutkan. Burung kakak tua itu yang dikenali sebagai corella berasal dari New South Wales Shoalhaven dan boleh menjadi haiwan pemusnah, lapor 9 News. Ia lazimnya memusnahkan tanaman di ladang untuk mencari makanan. Namun, memandangkan ia merupakan spesies dilindungi, tidak banyak yang boleh dilakukan bagi mengelak kelakuan burung itu yang tidak terkawal. Menurut Profesor David Phalen yang merupakan pakar kesihatan hidupan liar dan konservasi University Sydney, burung tersebut akan mencari tempat untuk makan sebelum berpindah ke destinasi lain dan akan terbang dalam kumpulan yang banyak ketika bukan musim mengawan. “Burung itu bersifat nomad. Mereka akan mencari makanan dan apabila terjumpa sesuatu yang disukai, mereka akan turun ke situ. “Mereka akan makan dan berpindah ke lokasi lain. Itu merupakan kelakuan normal,” kata Phalen. Phalen yang menonton video tersebut percaya burung itu makan sesuatu di bahagian halaman rumah. “Burung tersebut tertarik kepada sesuatu yang ada di halaman rumah,” katanya. -Agensi
|
kerabuBiru replied at 30-4-2021 10:55 PM
Sedap ni sembelih makan burung kakak tua hari2 boleh buat resepi macam2 masak kari goreng kunyit gor ...
supernaturalee replied at 1-5-2021 12:27 AM
Seriously uol mkn burung kakak tua?
kerabuBiru replied at 1-5-2021 05:07 AM
Ai bayang2 jeee.... tak boleh makan ehh? Kalu burung gagak atau helang tu yee laa tak tegamak nak ...
supernaturalee replied at 1-5-2021 11:14 AM
Eeshh
Die pny byg mcm ye ye
I pnh mkn burung puyuh dgn merpati
kerabuBiru replied at 1-5-2021 06:28 PM
Ermmm mau cari puyuh laa posa hari ni..... goreng kunyit paatu kari lenak wauuu marbelos
Amigurumi: Tolong mai terbang kat malaysia, baru rakyat ada akai kot nak dok dalam rumah, bolehla kes covid turun {:laughSerious note: Banyaknya, takut datang ba ...
supernaturalee replied at 1-5-2021 12:27 AM
Seriously uol mkn burung kakak tua?
kelapaparut replied at 2-5-2021 01:16 PM
iols prefer mkn burung gagak, kesian burung kakak tua comel xpatut dimakan..
ADVERTISEMENT