CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingkar SOP, pusat hiburan dikompaun RM50,000

30-4-2021 11:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1997| Komen: 8




KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada pemilik pusat hiburan di Jalan Kia Peng di sini kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi tadi, seramai 133 pengunjung juga dikenakan kompaun antara RM1,500 hingga RM5,000.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata kompaun dikeluarkan kepada 79 lelaki dan 55 wanita, semuanya warga tempatan.

"Pemilik premis dikenakan kompaun RM50,000 manakala 133 pengunjung dikenakan kompaun antara RM1,500 hingga RM5,000 dengan nilai keseluruhan kompaun antara RM249,000 hingga RM715,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

"Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.4) 2021," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, operasi ini akan dilakukan dari semasa ke semasa demi memastikan SOP PKPB yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan, demi memutuskan rantaian wabak COVID-19.


Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lampor 2-5-2021 08:24 AM
Syabas dato ayob and the team
Quote Normabaru 2-5-2021 09:49 AM
Jln kia peng kat kl ape kaitan dato ayob
Quote highcastle 2-5-2021 09:50 AM
Amik kau.. Sikit lagi satu juta........
Quote Artemesiaa 2-5-2021 09:54 AM
Selayaknya, ikutalah arahan jadual penutupan premis dari dikenakan tindakan
Quote MarryPottet 2-5-2021 09:57 AM
Retis hat lancar tudung kat zouk taknak tolong bayarkan kompaun ni jugak ke?
Quote spankee_fili 2-5-2021 10:25 AM
Hamek kau, degil lagi!
Quote kasibiman 2-5-2021 03:30 PM
highcastle replied at 2-5-2021 09:50 AM
Amik kau.. Sikit lagi satu juta........

Kalau kadar Sama dikenakan kpd neelofa Dan tetamu2 dia dah jejak sejuta kot gomen dpt
Quote highcastle 2-5-2021 04:14 PM
kasibiman replied at 2-5-2021 03:30 PM
Kalau kadar Sama dikenakan kpd neelofa Dan tetamu2 dia dah jejak sejuta kot gomen dpt

Itulah, rasanya lagi ramai...........

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 1.035429 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top