|
RATLAM: Status sebagai pesakit COVID-19 tidak menghalang seorang lelaki dari India untuk meneruskan majlis perkahwinannya. Perkahwinan itu berlangsung di Ratlam, Madhya Pradesh, India, dengan hadirinnya menggenakan PPE atau kelengkapan perlindung diri. Menurut laporan media tempatan India, majlis perkahwinan tersebut mendapat kebenaran kerajaan India. Kata bapa pengantin lelaki itu, anaknya disahkan dijangkiti COVID-19 beberapa hari sebelum majlis berlangsung. Tambahnya, anaknya itu tidak mengalami sebarang simptom sebelum disahkan positif. India merekodkan jumlah jangkitan harian tertinggi dunia, dengan jumlah jangkitan melebihi paras 18 juta kes.
Jumlah kematian pula meningkat tiga kali ganda sejak tiga minggu lalu. Sumber : Astro Awani |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.361692 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.