CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diacu Pisau, Dipukul Suami Kerana Tak Nak Berbuka Dengan Mentua

1-5-2021 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6883| Komen: 36

Hanya kerana enggan berbuka bersama bapa mentuanya di luar, seorang wanita dipukul malah diacukan dengan pisau oleh suaminya sendiri dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Pandan Ria 1, di sini Selasa lalu.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam sewaktu sepasang suami isteri sedang berbincang untuk berbuka puasa bersama bapa si suami di luar.


Gambar hiasan

“Bagaimanapun telah berlaku perselisihan faham apabila si isteri enggan berbuka bersama bapa mentuanya mengakibatkan suspek berang dan bertindak mengambil sebilah pisau di dapur untuk mengugut isterinya itu.

“Wanita berkenaan berjaya melarikan diri dari rumah namun apabila dia pulang ke rumah kira-kira pukul 12.20 malam, suspek yang masih tidak berpuas hati telah memukul isterinya itu di bahagian badan dan mengacukan pisau di pinggang mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Menurut Mohamad Farouk, tindakan lelaki itu telah dihalang oleh adiknya yang turut berada di rumah berkenaan dan susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa.

“Pihak polis kini sedang giat menjejaki suspek yang telah melarikan diri dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan jika ugutan itu adalah hendak menyebabkan kematian atau cedera parah, dia boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” tegas beliau.


Sumber: Kosmo

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Somed

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 1-5-2021 01:18 PM
Ingatkn di indong..rupanya di kl....puasa pun x dpt menghalang kejahatan pada bini...entah2 tak posa pun
Quote kasibiman 1-5-2021 01:27 PM
Jelmaan babi apakah ini
Quote jazaa100 1-5-2021 01:41 PM
apa bapa mertua dia dah buat sampai isteri tanak berbuka dgn pak mertua....

cer csi
Quote tokchik 1-5-2021 01:57 PM
Aku tertnya2
Apa kes pompuan Tu tk NK berbuka puasa dgn ok mertuanya:
1. Tak sebulu dgn pak mertua ke?
2. Gi mkn kt luar pompuan Tu yg bayar?
3.
Quote angelofish 1-5-2021 02:29 PM
best nya ..laki acu pisau...ada alasan masukkan dia dalam penjara .
Quote ahlam_nabiha 1-5-2021 02:34 PM
hmmm mcm2 cerita..
Quote otai_g 1-5-2021 03:59 PM
Siapakah orgnya. Nak tau gak muka laki tu, ganaz sgt ker. Kalo kena tikam dgn pisau komando nangis x?
Quote Somed 1-5-2021 04:23 PM
Biasa lelaki kaki pukul bini ni didiagnosis sakit mental
Quote sukacactus 1-5-2021 04:28 PM
Aneh2 la punca sampai nak berpisau bagai
Quote Zizi999 1-5-2021 05:09 PM
Mental kuttt
Quote miznora 1-5-2021 05:36 PM
Orang dah taknak tu janganla paksa. Ko gi je la buka dengn bapak ko apa masalahnya
Quote duri_durians 1-5-2021 06:27 PM
miznora replied at 1-5-2021 05:36 PM
Orang dah taknak tu janganla paksa. Ko gi je la buka dengn bapak ko apa masalahnya

takde duit la tu maksudnya cyst
Quote depresio 1-5-2021 07:07 PM
Ajak berbuka tapi bini kot yg kena bayar semua?
Quote chandrahusin 1-5-2021 07:15 PM
Psl buka puasa pun gaduh
Lain mcm
Quote Potpouri 1-5-2021 07:20 PM
Agaknya jenis lelaki ego, nak bini mengikut telunjuk macam hamba.. tak boleh isteri menolak, maybe sebab letih kerja ke.. terus keegoan tercabar. Depan bapak sendiri pulak..

Tinggalkan je laki sebegini.
Quote bedahmenjuyah 1-5-2021 09:59 PM
Tak guna pya laki. Pasal berbuka siap nak berpisau2
Quote makadek 1-5-2021 10:07 PM
Adakah pakmentua pernah nk try  dia
Aku paranoid dh skg ni
Quote skymania 1-5-2021 10:22 PM
Jgn plak Ujung2 bini maafkan tarik balik laporan polis...
Quote airfilterkotor 1-5-2021 10:28 PM
Berbuka di luar?
Time-time gini tapau ikat tepi berbuka kat rumah takleh?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.280287 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top