Kerajaan Venezuela meningkatkan gaji minimum bulanan sebanyak 289%, meskipun dalam keadaan hipernflasi. Nilai matawangnya kini bergerak setara AS$0.64 Amerika Syarikat kepada kira-kira Bs.F$ 2.40 pada kadar pertukaran yang dianggarkan oleh bank pusat negara itu.
Ekonomi Venezuela berada pada tahun keempat hiperinflasi, tahun ketujuh kemelesetannya dan mengalami dolarisasi tidak teratur sejak tahun 2019. Menteri Tenaga Kerja, Eduardo Pinate mengatakan gaji minimum akan meningkat dari 1.8 juta bolivar menjadi 7 juta bolivar pada bulan ini. Pinate membuat pengumuman itu pada acara Hari Pekerja yang disiarkan di televisyen sambil menambah bahawa bonus makanan yang dijangkakan oleh pekerja negeri juga akan meningkat. Pendapatan asas baru sebanyak Bs.F$ 2.40 ditambah bonus makanan kini mewakili Bs.F$ 3.50, yang mana rakyat Venezuela dapat membeli satu kilogram keju dan satu liter susu.
Presiden Nicolas Maduro telah menaikkan gaji minimum dua kali tahun ini, biarpun negara yang menghadapi pandemi koronavirus, kemelesetan teruk dan hiperinflasi. Walaupun dua tahun yang lalu pihak berkuasa melonggarkan kawalan terhadap ekonomi, yang memungkinkan untuk melakukan transaksi yang lebih besar dalam mata wang asing, banyak pekerja terus menerima upah mereka dalam mata wang tempatan, bolivar, yang telah kehilangan nilai. Pinate juga mengatakan skala gaji di sektor awam akan disemak semula, tanpa memberikan perincian. Kakitangan kerajaan mendapat gaji terendah, yang menyebabkan lebih banyak peletakan jawatan. Sumber: MalaysiaGazette |
faraway1 replied at 2-5-2021 09:45 AM
My friend tetiap minggu kirim duit kat mak dia, tapi katanya kalau kirim seratus, yang mak dia dapat ...
green~tea replied at 2-5-2021 09:48 AM
Ya Allah ngeri nya.. mujur kita dah exit operation early 2010 dulu (lepas kematian Chavez)
faraway1 replied at 2-5-2021 09:45 AM
My friend tetiap minggu kirim duit kat mak dia, tapi katanya kalau kirim seratus, yang mak dia dapat ...
gekkou replied at 2-5-2021 05:21 AM
boleh sapa2 terangkan macam mana kisah duit venezuela ni sampai tak lalu (susut nilai sebegitu teruk ...
kluangman replied at 2-5-2021 10:48 AM
Dulu ada seorang tokoh tu suka bandingkan harga minyak Malaysia dengan Veneuzela
gekkou replied at 2-5-2021 01:21 PM
boleh sapa2 terangkan macam mana kisah duit venezuela ni sampai tak lalu (susut nilai sebegitu teruk ...
vespa_oren replied at 2-5-2021 05:00 AM
hiperinflasi tu deflasi k maksudnya
gekkou replied at 2-5-2021 01:21 PM
boleh sapa2 terangkan macam mana kisah duit venezuela ni sampai tak lalu (susut nilai sebegitu teruk ...
ADVERTISEMENT