"Spesis dok rekod stranger dari jauh ni pompuan tak malu ya? Kalau lelaki yang buat? Generasi tiktok ni tak tahu boundary ya." Video TikTok yang dimuat naik oleh pemain futsal kebangsaan, Intan Serah mendapat kecaman netizen di Twitter. Manakan tidak, video yang bermula dengan seorang wanita merakamkan sekumpulan pemuda secara curi-curi kerana meminati seorang daripada kumpulan tersebut. Bagaimanapun, ia tidak menjadi kerana surat tersebut akhirnya diserahkan kepada lelaki yang salah. Kapsyen Intan yang menyatakan ianya kelakar mengundang kecaman. Memang generasi sekarang tiada rasa malu ke?
Bagi netizen, ianya telah melanggar etika. Tiada yang melucukan apabila merekodkan orang asing lalu memuat naik di media sosial tanpa izin. Apatah lagi menjadikannya bahan jenaka. Namun, berbeza dengan penerimaan di platform TikTok apabila ramai yang menganggap itu sebagai perbuatan lucu. Malahan, mereka seronok serta meminta video yang seterusnya. |
mclaren replied at 2-5-2021 02:53 PM
Eh begitu lah double standard dunia ni.
If perempuan buat perangai mcm ni, konon2 comel n kelakar ...
bakingsoda replied at 2-5-2021 03:14 PM
boleh je laki buat tapi muka mcm hun haqeem baru cam omgerd omgerd so charming so jantan kalau c ...
ADVERTISEMENT