CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mata Terpejam Membengkak Selepas Mewarna Rambut

3-5-2021 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2377| Komen: 3

Padah terus mewarnakan rambut tanpa melakukan ujian alahan, seorang lelaki mengalami alahan teruk sehingga matanya bengkak.

Lelaki itu berkongsi pengalaman ngerinya di TikTok menggunakan akaun @haydenphobia, 28 April lalu.


Pada mulanya dia menunjukkan wajah asalnya sebelum kesan dialami selepas penggunaan satu produk pewarna rambut.


Wajah sebelum dan selepas kejadian 
Kredit foto: TikTok

Wajahnya berwarna kemerahan dan bengkak hingga matanya sukar dibuka.

"Saya warnakan rambut tanpa membuat ujian alahan terlebih dulu," katanya dalam portal Daily Star.

Perkongsian lelaki itu ditonton lebih 300,000 kali dan ramai pengguna maya turut meninggalkan pandangan di ruangan komen.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mempunyai panduan tentang cara melakukan ujian alahan sebelum menggunakan pewarna rambut.


Selain itu, ia menasihati keperluan melakukan ujian sama setiap kali mewarnakan rambut walaupun dengan jenama yang tidak asing lagi.

Sekiranya pengguna tidak sihat atau mengalami kerengsaan kulit, jangan gunakan pewarna terbabit.

Menurut NHS lagi, paraphenylenediamine (PPD) kemungkinan punca tindak balas alahan terhadap pewarna rambut.

Dalam kes kecemasan perubatan terburuk pernah direkodkan, seorang pengguna mengalami tindak balas alahan yang serius (anaphylaxis).


Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SeriBunga 3-5-2021 09:54 AM
acaner nk uji tu?
Quote diiyanazakaria 3-5-2021 07:28 PM
SeriBunga: acaner nk uji tu?


Calit kt kulit lengan 48 jam sblm pakai nk tgk ade alahan x. Dlm product ade ajar
Quote tumpanglalu74 3-5-2021 10:23 PM
SeriBunga replied at 3-5-2021 09:54 AM
acaner nk uji tu?

Bace je manual dalam kotak tu.  Sume brand ade tak silap aku..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.040638 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top