CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Anak Saya Mati Sebab Saya Bawa Balik Sate Itu'

3-5-2021 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10277| Komen: 45

Seorang bapa menzahirkan rasa terkilan dan sedih selepas anaknya meninggal dunia akibat makan sate yang dicampur racun dalam satu kejadian di Bantul, Yogyakarta baru-baru ini.

Lapor Kompas.com, Bandiman yang bekerja sebagai penghantar makanan sebelum ini menerima panggilan daripada seorang wanita yang memintanya menghantar sate kepada seorang lelaki.




Bagaimanapun, wanita itu tidak menggunakan aplikasi ketika meminta Bandiman menghantar bungkusan makanan tersebut kepada lelaki berkenaan.

Namun, Bandiman diminta membawa balik sate tersebut ke rumahnya oleh penerima memandangkan dia berada di luar bandar atas urusan kerja.

Sejurus tiba di rumah, Bandiman dan keluarganya menikmati sate itu sebagai juadah berbuka puasa sehingga seorang daripada anaknya mencampurkan kuah ke atas makanan tersebut.

Selepas itu, anaknya muntah dan pengsan sebelum dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.


“Saya menyesal dengan apa yang berlaku. Anak saya mati kerana saya bawa sate itu pulang ke rumah.

“Niat saya cuma ingin hantar makanan itu dan jika saya tahu sate tersebut dicampur racun, semua ini tidak berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, hasil pemeriksaan makmal mendapati sate tersebut diletak racun jenis potassium sianida.

Pakar foreksik Universiti Gadjah Mada, Dr. Lipur Riyantiningtyas berkata, racun tersebut mudah didapati dan sering digunakan untuk membunuh hama serta tikus.

“Jika termakan dalam kuantiti kecil, racun itu akan mencetuskan gejala mual, muntah, sakit kepala, sesak nafas dan keresahan.

“Sekiranya diambil dalam kuantiti banyak, racun itu menyebabkan denyut nadi menjadi lambat dan mangsa akan mula hilang kesedaran sehingga meninggal dunia,” ujarnya.

Sementara itu, polis masih memburu suspek wanita yang mengirim makanan itu dan berdasarkan keterangan Bandiman, wanita itu berkulit cerah, berusia 25 tahun dan mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • mamajawie

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote queenraveena 3-5-2021 10:15 AM
Sepatutnya dia kena tolak delivery tu sebab tak guna application
Quote melinda_kerr 3-5-2021 10:18 AM
Ni delivery makanan ala- ala ojek ke.. Dasyat ek santau alaf baru ni.
Quote lipans 3-5-2021 10:26 AM
melinda_kerr replied at 3-5-2021 10:18 AM
Ni delivery makanan ala- ala ojek ke.. Dasyat ek santau alaf baru ni.

dulu-dulu santau guna angin, air, jin dll.

sekarang santau guna gojek je.


Quote lolipopi 3-5-2021 10:39 AM
Kiranya penerima yg sepatutnya kena racun tu bernasib baik sebab terselamat tapi x pasal2 org lain jadi mangsa.. Jahatnyer pmpn tuh
Quote sarah82 3-5-2021 10:48 AM
Ya Allah.. Naya betul..
Quote diss69 3-5-2021 10:55 AM
Kejinya perbuatan perempuan tu..
Quote Carcosa 3-5-2021 11:06 AM
Eh teruknya betina tu. Kesian adik tu plk yg meninggal. Harap betina tu tau psl berita ni and merana seumur hidup
Quote prettyuglybabe 3-5-2021 11:23 AM
cari la penerima yang patut terima sate tu..
dia mesti tau pompuan mana yang hantar..
melainkan terlampau banyak pompuan yang dendam dengan dia
Quote renko 3-5-2021 11:29 AM
tak pasal jadi mangsa
Quote missorange 3-5-2021 11:29 AM
Ya Allah kesiannya...tak pasal2 orang lain yang jadi mangsa..
Quote ezacbee 3-5-2021 11:52 AM
Kesian, orang lain yang kena.
Lelaki tu mungkin ada kes dengan pompuan tu.
Sampai nak meracun.
Quote azie5zoe 3-5-2021 12:13 PM
Tetiba iols terpengaruh pulak dengan cerita hantu indon pulak. Plot hantu nak balas dendam.
Quote notM 3-5-2021 12:19 PM
Penting masak di rumah Dan belajar buat sate sendiri
Quote Artemesiaa 3-5-2021 12:20 PM
Kesian lain yang hendak dijerat lain pulak yang terkena harap keluarga ni dapat pembelaan
Quote bottombikini 3-5-2021 12:30 PM
kesiannya lah

peringatan juga buat kita
jangan mudah2 makan / terima apa yg org bagi

Quote reddots 3-5-2021 12:38 PM
Namun, Bandiman diminta membawa balik sate tersebut ke rumahnya oleh penerima memandangkan dia berada di luar bandar atas urusan kerja.
mcm bercanggah dgn berita kat tv.

kat tv ckp, penerima tu x mau ambil sate sebab dia x pernah pesan dan x kenal pompuan tu.


Quote reddots 3-5-2021 12:45 PM
dah dapat cekup dah betina tu. target  penyelidik  tinggi polis.
[youtube]VbjofwN8JvQ[/youtube]
Quote underground 3-5-2021 12:48 PM
prettyuglybabe replied at 3-5-2021 11:23 AM
cari la penerima yang patut terima sate tu..
dia mesti tau pompuan mana yang hantar..
melainkan te ...

mungkin pengirim ni psycho cinta dalam senyap, then dapat tahu laki tu dah berpunya. hati hancur.
alang2 dia tak dapat, biar laki tu mati. semua pun tak dapat. puas hati..


ala2 drama pukul 7.



Quote sukacactus 3-5-2021 12:50 PM
Xpasal2 ank dia meninggal
Niat nak kongsi rezeki, skali nyawa ank dia yg jd korban

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.119212 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top