Menggelar dirinya sebagai 'atuk muda', kehadiran jejaka berusia 23 tahun ini dengan sepasang kembar lelaki ternyata mencuri perhatian netizen. Menurut Luqman Hakim Ismail, dia sekadar berkongsi video secara suka-suka dan tidak menyangka akan meraih lebih 100,000 pengikut di TikTok dalam masa singkat.
Mesra disapa Luqman, dia ketika dihubungi mStar sempat memperjelaskan hubungan sebenarnya dengan dua bayi itu yang sering kali menimbulkan kekeliruan ramai. "Ceritanya, kakak saya yang paling sulung kahwin awal. Kemudian dia dapat anak. Nama anak kakak saya tu Aisyah. "Aisyah ni pula dilahirkan sama tahun dengan saya. Kami sama-sama umur 23 tahun. Kembar dua orang tu anak Aisyah. "Mereka berdua cucu saudara saya. Saya pula masih lagi bujang," ujarnya.
Menurut Luqman, dia berasal dari Pahang dan kini menetap bersama Aisyah dan suaminya, serta dua kembar mereka di Bandar Putra, Kulai, Johor. Jelasnya, dia kini bekerja sebagai penyelenggara acuan di sebuah kilang di Senai. Bercerita mengenai si comel itu, Luqman menjelaskan Adam Zhaffrel Mohd Izamuddin dan Adam Zhaffran dilahirkan pramatang dan kini baru mencecah usia tujuh bulan. "Saya sebenarnya suka-suka kongsi video mereka. Tak sangka ramai yang suka. Ramai komen nak tengok mereka lagi. "Kalau ada masa lapang, saya akan melayan mereka. Agak mencabar, seorang bergerak ke sana, seorang lagi gerak ke sini. "Tapi yang bagusnya, kalau seorang menangis, seorang lagi akan senyap. Kalau serentak memang saya pengsan," ujarnya berseloroh. Menurut anak keenam daripada lapan beradik itu, dia juga tak terlepas menerima komen usikan di media sosial. Selain memuji kecomelan si kembar, ada netizen turut memuji rupa paras Luqman dan bertanya mengenai status dirinya. "Saya pun ada perasan komen-komen tu, saya anggap sebagai gurauan semata-mata. "Mengenai kahwin, itu tak boleh nak cakap sebab semuanya bergantung kepada rezeki. "Saya pun belum ada calon lagi," jelas Luqman yang juga satu-satunya anak lelaki dalam adik beradiknya. Sumber: mStar
|
Themilo replied at 3-5-2021 11:04 AM
favorite @katibism kan.. hari-hari dia duk skodeng tik tok adik ni.. awas ye kaka, bujang trang ta ...
Kurex replied at 3-5-2021 11:31 AM
Iols maksudkan baby tu.. bukan atoknya.. iols tak berapa minat twinkle twinkle little star ni uols
iols tak berapa minat twinkle twinkle little star ni uols
ezacbee replied at 3-5-2021 12:07 PM
Pe maksud tu?
Kurex replied at 3-5-2021 12:22 PM
Maksudnya twink.... Uols google twink tu apa
Ceritanya, kakak saya yang paling sulung kahwin awal. Kemudian dia dapat anak. Nama anak kakak saya tu Aisyah.
"Aisyah ni pula dilahirkan sama tahun dengan saya. Kami sama-sama umur 23 tahun. Kembar dua orang tu anak Aisyah.
Adrif replied at 3-5-2021 06:33 PM
berulang kali baca nak bagi paham
Themilo replied at 3-5-2021 11:04 AM
favorite @katibism kan.. hari-hari dia duk skodeng tik tok adik ni.. awas ye kaka, bujang trang ta ...
ADVERTISEMENT