|
“Tidak, saya buncit.” Itu respons ringkas pelakon Izara Aishah mengenai dakwaan kononnya dia kini hamil anak kedua.
Jawapan berkenaan diberikan pelakon filem Pilot Cafe itu menerusi ruangan soal jawab bersama peminatnya dalam Instagram. “Izara, awak hamilkah? Alhamdulillah jika betul, tumpang gembira untuk awak,” tulis seorang pengikut Instagramnya. Menantu tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu bagaimanapun segera menafikan andaian tersebut. Dia bukan sedang berbadan dua, sebaliknya kekenyangan kerana baru selesai berbuka puasa. “Tidaklah. Lihat gambar Adib (suami) muat naik itukah?
“Buncitlah, ketika itu baru habis berbuka puasa,” jawabnya pendek. Untuk rekod, Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, 29, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Adib pada 17 November 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurnikan seorang anak perempuan bernama Irisa Alaia yang kini berusia setahun. -CARI Sumber: Kosmo
|

friedfishsoup replied at 3-5-2021 11:29 AM
Tu pun nak kena buka thread ke?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.338833 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.