"Ya Allah hadirkan aku rasa ketakutan untuk pakai tudung. Tunjukkan kepadaku. Alhamdulillah, saya kini sudah berhijab," kata pelakon dan penyanyi Kilafairy mengenai doa yang sering dititipkannya ketika meminta petunjuk untuk berhijab tahun lalu.
Kilafairy, 29, atau mesra disapa Kila berkata, buat masa ini dia belum bersedia untuk berkongsi detik perasaan yang menjentik hatinya untuk memakai tudung. "Saya belum bersedia untuk berkongsi, bagaimana saya boleh tiba-tiba nak berhijab. Saya nak simpan rahsia ini untuk diri sendiri dulu. "Lagipun papa pesan jangan kongsikan kepada sesiapa, sebab ini adalah hadiah yang Tuhan berikan kepada saya.
"Cuma apa yang boleh saya kongsikan, saya dah lama nak bertudung. Tapi banyak anasir jahat dan cuba takut-takutkan saya apabila nak berhijab. Disebabkan itu, saya tangguhkan hasrat ini untuk beberapa tahun," katanya.
|
prizadane replied at 3-5-2021 01:40 PM
Dia cantik bertudung, compared to free hair. Baju pun nampak labuh dan longgar.. InsyaAllah semoga i ...
crossline replied at 3-5-2021 01:40 PM
Tapi your bestie tu tak tutup aurat la puleks (lutut terdedah)
ADVERTISEMENT