CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Umur 5 Tahun Dicabul Di Kemaluan Oleh Bapa Sendiri!

3-5-2021 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3525| Komen: 19

Kota Bharu: Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mencabul anak perempuan kandungnya berusia lima tahun sembilan bulan, Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 37 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual mencabul pada bahagian kemaluan anak kandungnya yang berusia lima tahun sembilan bulan di sebuah bilik di dalam rumah di Pasir Puteh, jam 3 petang pada Mac 2020.

Kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 yang sama dan dibaca bersekali dengan Seksyen 16 Akta yang sama.

Foto: IG


Pertuduhan kedua, lelaki itu yang bekerja sebagai buruh didakwa dengan maksud seksual melakukan seks oral kepada mangsa yang sama pada masa dan lokasi yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 yang sama dan dibaca bersekali dengan Seksyen 16 Akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya memberitahu dia mempunyai tanggungan anak dan isteri serta ada penyakit.

"Saya tidak buat benda ini (cabul anak) dan tidak tahu apa-apa," katanya.

Mahkamah menetapkan 8 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
4

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 3-5-2021 12:44 PM
dimanakah tanggungjawab sang isteri kpd suaminya?
Quote aznizazzadele 3-5-2021 12:59 PM
bini dia mana????

itu jer nak tanya dulu
Quote syidasaleh 3-5-2021 01:17 PM
Ahhh syialnya bapak. Mohon mati dlm keadaan terseksa dan sakit berpanjangan dan membusuk sampai semua org geli
Quote cikanggun 3-5-2021 01:50 PM
Kote baru lagi.... peninglah dgn kel ni... otak diorg dh sumbat dlm kote sekor2 ke acaner?? {:freak
Quote mamajawie 3-5-2021 02:29 PM
Sumpahan budu ke nih??elok dimasukkan je botol budu kat juboq ang tu baru tau best ke idok..dasar bapak babikk!!!
Quote umbut 3-5-2021 02:34 PM
Jijikkkkkkkkkk..
Quote Shanan 3-5-2021 03:15 PM
Tak Boleh sia cam ni
Quote Artemesiaa 3-5-2021 03:17 PM
Layak dicampak kedalam kandang singa je jadi lauk
Quote Kurex 3-5-2021 03:28 PM
Bangs*t!!!!!!!
Quote intan244 3-5-2021 06:25 PM
camna boleh kantoi. anak dia bgtau mak agaknya
Quote kakikuDibibirmu 3-5-2021 06:28 PM
Huk aloh klate gedebe kote buah mempele serambi Moscow
Quote CaqJora 3-5-2021 07:08 PM
Eeeyyy Bangsat betul pak mcm ni. Semoga ko mati dgn penyakit yg plg menyakitkan.
Quote notM 3-5-2021 07:57 PM
Memang adat Istiadat orang sana ke????
Quote syaz_lina 3-5-2021 07:59 PM
Babis punya jantannn
Quote vee_zara 3-5-2021 10:39 PM
Celaka anak haram. Jantan sial tak layak dipanggil bapak. Budak tu baru 5 tahun. Moga mati mereput dalam sel!
Quote tumpanglalu74 3-5-2021 10:41 PM
Kalo dah mendadah memang la tak tau ape2 dah..  Babi punye bapak!  Dia ingat polis tu tak tanye anak dia ke?  Animals & children tell the truth they never lie!
Quote ipes2 3-5-2021 11:35 PM
thread already available, exactly the same @Xim
Quote velvetkiss 7-5-2021 12:06 AM
ifanonline replied at 3-5-2021 12:44 PM
dimanakah tanggungjawab sang isteri kpd suaminya?

Anak 5thn kena sexual harrassment kau tanya tanggungjawab bini kat laki. Mana tanggungjawab laki kat bini & anak2 dia kau tak tanya pulak. Dah dasar perogol mmg merogol la kerja dia peduli apa bini dia buat tanggungjawab ke tak
Quote Babai 7-5-2021 12:09 AM
Bapak bangsat celaka ni

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036155 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top