Seorang wanita terpaksa menanggung malu apabila gambar sebelum dan selepas dia menjalani pembedahan payudara dikongsi di Instagram. Menurut wanita itu, gambar berkenaan dikongsi oleh seorang pakar bedah plastik tanpa kebenarannya.
Menurut perbicaraan yang sedang berlangsung, wanita itu menjalani pembedahan di sebuah klinik swasta di England dan sama sekali tidak menyangka gambarnya digunakan untuk tujuan pengiklanan. Pelaku, Dr Ahmed Abd El Gawad yang memulakan kerjayanya pada 1995 diberi amaran atas tindakannya itu. Menurut Dr Ahmed, dia beranggapan pesakit itu tidak akan mengenali gambar bahagian tubuhnya yang dimuat naik ke Instagram.
Namun, wanita itu dapat mengenalpasti bahawa ia merupakan dirinya berdasarkan rantai serta aksesori yang dipakai di pusatnya. - CARI Sumber: mStar/ Mirror.
|
ADVERTISEMENT