Pelakon Nad Zainal mengakui dia berasa kesal dengan tindakan seorang gadis yang menggelarkan diri sebagai 'budak teater' mengkritik bakat penyanyi Nabila Razali baru-baru ini.
Menurut Nad yang merupakan bekas pelajar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), tiada seorang pun guru teater yang akan memburukkan orang lain dalam kelas seperti yang didakwa individu tersebut. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin turut berkata dia melihat penampilan dan percakapan individu tersebut tidak melambangkan sebagai pelajar teater yang mencintai seni. "Saya tak suka bila seseorang yang menggelarkan diri dia budak teater tapi buat perkara seperti itu. Saya dan rakan-rakan teater lain ada juga buat perbincangan mengenai isu ini.
"Saya rasa kesal dengan tindakan dia sebab setahu saya, sepanjang tiga tahun belajar teater, tak ada pula cikgu-cikgu burukkan orang lain. Tak ada pula cikgu bercerita atau gosip dan nak kritik orang lain sampai macam itu sekali. "Cara dia pun tak macam budak teater yang cintakan seni... dia pula dengan make up yang tebal macam itu. Dia telah memburukkan orang-orang yang cintakan teater. "Setahu saya, budak teater semua baik dan tak cakap buruk fasal orang lain. Saya takut sebabkan dia, orang turut menyampah dengan kami yang ada latar belakang teater," kata Nad kepada mStar. Nad menyuarakan pendapatnya mengenai isu seorang wanita mengkritik nyanyian Nabila itu ditemui di Bazar Aidifitri Che Salmah di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada baru-baru ini. Pelakon berbakat itu sebelum ini memuat naik status Instastory menasihatkan pelajar teater agar menjaga adab dan tidak memandang rendah bakat orang lain. "Kita anak seni mulut jangan capoi (cakap lepas), jangan cepat bangga diri. Akak percaya budak teater Aswara baik. Jangan jahat mulut" tulisnya. Minggu lalu, tindakan gadis itu memuat naik sebuah video TikTok membandingkan bakat nyanyian Nabila Razali dengan biduanita negara, Allahyarham Puan Sri Saloma tular dan mendapat reaksi penyanyi Peluang Kedua itu.
|
awekjepun replied at 4-5-2021 11:36 AM
Susah ke nak terima hakikat mmg dia tu xblh nyanyi.. terima ja la komen2 netizen. Betul kot
bluebutter replied at 4-5-2021 10:55 AM
Dah mmg sora tk sedap. Ngadlah nut pendek ni.
ADVERTISEMENT