CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Keluar Penjara, Lelaki Dengar Bisikan Halus Tetak Ibu Sampai Mati

4-5-2021 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2335| Komen: 11

Seorang wanita maut apabila dicekik sebelum ditetak oleh anaknya menggunakan sebilah parang menerusi satu kejadian di Kampung Pesagi, Maran, Kuantan, Pahang pada 29 April lalu.


Difahamkan, anak lelakinya itu bertindak ganas gara-gara mendengar bisikan suara halus.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa berusia 55 tahun maut dan mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah selain ada kesan tetakan pada dahi, mulut, perut dan tangan kanannya.

Kredit foto: Sinar Harian


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, suspek berusia 39 tahun yang baru keluar penjara atas kesalahan dadah telah ditangkap di lokasi kejadian pada hari yang sama.

Menurutnya, hasil soal siasat awal mendapati, suspek mengaku menggunakan parang untuk menetak mangsa setelah berhalusinasi mendengar bisikan suara halus memintanya berbuat demikian.

"Suspek memberi kerjasama dengan menunjukkan parang yang digunakan semasa kejadian dan pakaian yang dipakainya semasa kejadian. Semua barang bukti itu telah dirampas oleh polis.

"Semakan juga mendapati, suspek baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara pada bulan Mac lalu atas kesalahan dadah. Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mangsa merupakan seorang balu dan mempunyai sembilan orang anak dan tinggal di rumah berkenaan bersama seorang cucu lelaki berumur 10 tahun dan suspek yang merupakan anak sulungnya.

Othman berkata, mangsa dibawa ke Klinik Chenor oleh ahli keluarga bagi mendapatkan rawatan, namun pegawai perubatan yang bertugas ketika itu mengesahkan wanita berkenaan telah meninggal dunia pada jam 2.10 pagi.

“Pemeriksaan luaran fizikal ke atas mangsa mendapati terdapat luka disyaki akibat tetakan objek tajam pada bahagian dahi, mulut, perut dan tangan kanan.

“Bedah siasat ke atas mangsa oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, Jumaat lalu mendapati punca kematian mangsa disebabkan trauma berganda akibat objek tajam, ” jelasnya.

Beliau berkata, kejadian bermula ketika mangsa yang sedang tidur bersama cucunya telah didatangi oleh suspek yang kemudian menyerang wanita itu.

Tambahnya, suspek bertindak mencekik mangsa menyebabkan wanita itu mengarahkan cucunya untuk melarikan diri.

“Cucu sempat membuka pintu dan berlari untuk mendapatkan bantuan daripada salah seorang anak perempuan mangsa yang tinggal bersebelahan.

"Selepas itu, anak perempuan mangsa bergegas ke rumah itu dan mendapati suspek berada di tepi pintu sambil memegang parang menyebabkannya tidak berani masuk.

"Saya difahamkan dia (anak perempuan) mangsa menghubungi adik beradik lelakinya untuk memaklumkan mengenai kejadian itu, ” ujarnya.

Othman memberitahu, siasatan di tempat kejadian mendapati, tempat kejadian merupakan sebuah rumah yang mempunyai dua bilik tidur.

Tambahnya, terdapat kesan darah pada lantai ruang tamu rumah tersebut dan keadaan di ruang tamu berselerak.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga 5 Mei depan bagi membantu siasatan," katanya. -CARI

Sumber: Sinar Harian.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notM 4-5-2021 10:46 AM
Dadah NI dah macam Asam garam kehidupan Melayu....x boleh nak buat apa....
Quote Carcosa 4-5-2021 11:59 AM
Kasih nenek pada cucunya, hingga ke akhir hayat... Sedih plk... Sanggup dia jerit ke cucu nya suruh lari. Kalau tak si setan neraka jahanam tu buat apalah.
Tp meols confused. Nenek tu dah kena tetak semua, ahli keluarga bawak pegi klinik je? Sigh.....
Quote white_musk 4-5-2021 12:11 PM
Carcosa replied at 4-5-2021 11:59 AM
Kasih nenek pada cucunya, hingga ke akhir hayat... Sedih plk... Sanggup dia jerit ke cucu nya suruh  ...

Mungkin hospital terdekat jauh sangat,,,....
Quote batmana 4-5-2021 12:24 PM
adik bradik 9 org, suspek sulung

8 bradik tu takde sel otak ke bole pikir, abg kaki dadah, bru kuar penjara, pstu tdo 1 rumah ngn mak?

mak mmgla tak kisah skalipun anak tu samseng kg dusun..yg adik bradik lain napela tak ajak tdo tmpt lain, kn bahaya tu..
Quote arm_band 4-5-2021 01:41 PM
penat nak komen cerita camni
Quote Artemesiaa 4-5-2021 01:53 PM
Wire dah banyak putus tak hairan kalau dia mampu bertindak macam tu
Quote swateng1 4-5-2021 02:00 PM
puak2 yang jenih makan kedarah dadah ni elok xyah bagi keluaq dari penjara. sebab depa ni takkan insaf. elok bg hukum mati pun takpa. sebab lepas kluaq penjara confirm p cari geng dadah jugak.pastu acah2 dengaq bisikan palabapak apa laa.
Quote naina 4-5-2021 02:26 PM
Carcosa replied at 4-5-2021 11:59 AM
Kasih nenek pada cucunya, hingga ke akhir hayat... Sedih plk... Sanggup dia jerit ke cucu nya suruh  ...

Pg klinik UTK dapatkan rawatan awal paling dekat dan cepat. Kat klinik tu nnt ada ambulance blh bawa ke hospital besar.
Quote mawarika 4-5-2021 02:31 PM
Bisikan apa? Menipu la. Dasar kaki dadah. Mak tu wey... org isap batu ni mmg kepala angin panas baran. Pernah kwn serumah dulu nak tumbuk i depan polis sbb i call polis dtg rumah tangkap dieorg laki vini. Dah la sewa bilik tak bayar.. isap dadah lg dgn anak kecil.. dasar!!
Quote naina 4-5-2021 02:32 PM
swateng1 replied at 4-5-2021 02:00 PM
puak2 yang jenih makan kedarah dadah ni elok xyah bagi keluaq dari penjara. sebab depa ni takkan ins ...

Kan. Memudaratkan orang..kasi mati jelah. Nak bela buat apa. Tu pilihan dia ambik barang cmtu..serius ah kesian
Quote swateng1 4-5-2021 02:56 PM
naina replied at 4-5-2021 02:32 PM
Kan. Memudaratkan orang..kasi mati jelah. Nak bela buat apa. Tu pilihan dia ambik barang cmtu..ser ...

tu laa..bela dalam penjara pun buat rugi kerajaan jaa nak kena tanggung makan minum. dok dalam penjara pun boleh seludup lagi dadah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.052114 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top