CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragis, Bayi 11 Bulan Terjatuh Dari Tingkat 3

4-5-2021 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2914| Komen: 14

Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga kediaman keluarganya di Blok D, PPR Sri Aman, Jalan Aman Putra di sini, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan insiden itu pada 6 petang dan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Jinjang kemudian menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Gambar Hiasan

"Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bahagian atas bersebelahan dengan tingkap yang berada dalam bilik pertama rumah sebelum terjatuh dari tingkap kira-kira 3 petang.

"Katil berkenaan dirapatkan ke bahagian tingkap untuk mengemas bilik terbabit. Siasatan mendapati tingkap di dalam bilik itu tidak mempunyai pagar dan katil diletakkan di tengah tingkap tanpa sebarang halangan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Eng Lai berkata, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam insiden itu.

"Ibu mangsa membawa mangsa ke Hospital Selayang (HS) untuk mendapatkan rawatan dan apabila tiba di Unit Kecemasan Hospital Selayang, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.

"Mayat kemudian dirujuk ke Unit Forensik HS untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian," katanya.

Katanya, hasil laporan bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Polis Sentul menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2206, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 4-5-2021 11:54 AM
Aku tau mak dia rapatkan katil tu kejap ke tingkap sbb nak kemas bilik tu kan? Tapi, mak dia bukak ke tingkap tu menganga aaaaa mcm tu?!! Tau rumah ada anak kecik, kau lewa mcm tu ke! Aku dulu ada baby, aku seal siap tingkap aku tu pakai kunci. So double lock. Apa ni? Hangin lah aku mak2 yg tak cakna ni..
Quote eyansss 4-5-2021 12:01 PM
Carcosa replied at 4-5-2021 11:54 AM
Aku tau mak dia rapatkan katil tu kejap ke tingkap sbb nak kemas bilik tu kan? Tapi, mak dia bukak k ...

aku baru nak cakap benda yang sama...  dah tau anak kecik ramai, tutup segalanya yang boleh trigger safety issues...
Quote roserouen 4-5-2021 12:37 PM
Iolss memang takleh accept kalau baby jatuh/meninggal sbb parent careless. Jenis tak alert dgn surroundings.
Quote sarah82 4-5-2021 12:38 PM
Bahaya betul..
Quote xy_daen 4-5-2021 01:01 PM
Dah jenis kangkang je dapat anak...pprt kan...
Quote kucim 4-5-2021 01:12 PM
Mak dia punya otak di fefet saja
Quote prettyuglybabe 4-5-2021 01:17 PM
esok lusa dapat la anak baru buat ganti
Quote sarahmirza 4-5-2021 04:23 PM
Takziah....
Tak payah marah2...kurus puasa nnt.
Quote talapia 4-5-2021 04:26 PM
rumah2 tingkat atas ni.. tak wajib letak grill ke ha? gigil aku tengok takde grill. Rumah bawah org grill takut pencuri... dah atas2 dia pikir takde sape nk panjat kot takyah grill. aduhai..
Quote JinnaL 4-5-2021 06:02 PM
kesian baby😥😥😥belum penuh 1 tahun lagi
Quote zie_indah 4-5-2021 07:57 PM
Kak oiiii mmg la smua kita ni mati nanti tp dah tau anak ramai awat mcm tu cuai sgt kak oiii
Quote highcastle 4-5-2021 08:16 PM
Cuai dan ambil ringan.. Itu aje yang aku boleh kata........
Quote airisa 5-5-2021 06:43 AM
rumah yg tingkat2 tinggi pun i grillkan sebelum bagi sewa supaya kalau jadi apa2 kat anak2 diorg, bukan salah tuan rumah lagi ..
Quote FanTasyCreaTioN 5-5-2021 08:16 AM
Thread dah ada ...
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1249685

Tolong mergekan @CARI-MRO



Terimakasih ...



Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.043991 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top