Selepas sebulan menahan kesakitan, Andi Bernadee, 29, bakal menjalani pembedahan membuang batu karang di sebuah pusat perubatan, jam 1 tengah hari tadi.
Pengurusnya, Nasir Deraman berkata penyanyi dan pelakon itu dikejarkan ke hospital apabila mengalami semula rasa sakit selepas berbuka puasa pada Sabtu lalu. “Andi sempat menghadiri satu acara pelancaran produk petang kelmarin kerana sudah berjanji dengan penganjur walaupun menahan kesakitan sejak awal pagi. “Usai majlis, dia terus dibawa ke klinik bagi mengambil suntikan tahan sakit . Selepas berbuka sakitnya datang kembali dan kami bawa dia ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut. “Setakat ini saya dimaklumkan buah pinggangnya bengkak kesan daripada batu karang itu. Pembedahan secara laser itu dijalankan hari ini. Doakan urusannya dipermudahkan,” katanya kepada K! Online.
|
ezacbee replied at 4-5-2021 12:25 PM
Adoyai tengok dia teringat suneo..
kiah_mai_pulak replied at 4-5-2021 08:42 PM
tak boleh tgk muka dia , naik mnyampah... hahahaha.
LadyCarefree replied at 6-5-2021 01:40 AM
Gelinya dok acah gentel bantal sambil tidur
mamajawie replied at 6-5-2021 10:24 AM
adik meollss dari kecik sampai da kahwin ni pun still gentel bantal smpai pecah kiri kanan bantal ...
ADVERTISEMENT