Suhaimi Saad kembali lagi dan macam biasanya kata-katanya pasti akan membuatkan darah rakyat Malaysia membuak sebab marah. Kali ini katanya keputusan untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah adalah langkah yang tepat sekali.
Lebih-lebih lagi apabila kerajaan mengumumkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kata Suhaimi, tindakan kerajaan itu membuktikan manusia tidak seharusnya bergantung harap kepada sijil pelajaran, sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada rezeki Tuhan. ???Lagi kebenaran dizahirkan. Sebelum ni ampa maki aku sebab kononnya aku nafikan hak anak anak. ???Nanti anak-anak takdak UPSR, takdak PT3, takdak sijil, payah nak kerja. Payah nak cari makan. Sekarang makan la sijil UPSR dan PT3 ampa tu.
???Bukalah minda. Hidup mati kita kena bergantungharap pada Tuhan. Bukan makhluk. ???Jangan rasa hidup boleh berjaya dengan satu cara saja. Cara yang paling betul adalah cara yang Allah dan nabi tunjukkan,??? tulisnya melalui Instagram.
Tambahnya kejayaan seseorang manusia bukan hanya diraih melalui bidang pelajaran tetapi banyak lagi cabang lain. Suhami Saad menang ke ni macam mana ni? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|