CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cara Baru Penduduk Indonesia Balik Kampung Menyambut Lebaran

4-5-2021 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4067| Komen: 17

Penduduk Indonesia bertemu cara baharu untuk pulang ke kampung menyambut lebaran iaitu dengan mendayung sampan menyeberangi Sungai Citanduy di Jawa Barat, lapor Suara.com kelmarin.

Beberapa individu dilaporkan menggunakan laluan Sungai Citanduy bagi mengelak sekatan jalan raya.


Ketua kampung berdekatan iaitu Desa Sidaharja, Maman Suparman berkata pihaknya tidak membenarkan warganya menggunakan laluan Sungai Citanduy untuk pulang berhari raya di kampung.


Orang ramai yang mahu mengelak sekatan jalan raya mula menggunakan laluan sungai untuk merentas negeri. -Suara.com

“Orang ramai sudah mula menggunakan perahu atau rakit sebagai alternatif daripada melintas Jambatan Manganti yang dikawal polis,” kata Maman.

Tambahnya, laluan sungai itu bukan hanya dari satu kawasan.

Berdasarkan pemerhatiannya, Maman berkata terdapat sekurang-kurangnya lima laluan air yang menggunakan rakit atau bot kecil.


Orang ramai memilih menggunakan laluan sungai untuk lebih cepat sampai di destinasi, menjadikan ia bukan hanya digunakan warga Lakbok tetapi juga warga Tarisi, Wanareja dan Cilacap.

Kata Maman, sehingga kini, semakin ramai menggunakan laluan antara daerah Jawa tengah digunakan pelancong.

“Waktu operasi perjalanan laluan sungai juga sudah dibuka selama 24 jam, menjadikan bilangan penduduk yang mahu pulang melalui jalan sungai semakin bertambah” katanya.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 4-5-2021 01:38 PM
hehehehe bijak sungguhlah
Quote Artemesiaa 4-5-2021 01:39 PM
Nasib kat Malaysia belum ada yag buat macam tu
Quote JunkMail 4-5-2021 01:40 PM
Dah biasa guna jalan tikus kan...
Quote karipap_sadin 4-5-2021 01:44 PM
Hahahahaha. Aku pun sebenar nya biasa je pikir mcm ni tapi aku pikir lalu2 selat melaka tepi2 tu je smpai la ke tepi pantai kmpg aku. X pun rasa mcm nak tumpang boat nelayan tapi bese lah..aku x de la se extreme indon..idea yg btl2 di implement
Quote babynina30 4-5-2021 02:08 PM
Huish i x penah terpikir gini.
Alangkan lalu tepi parit2 ke apa pon i dh takot lalu overthinking
Quote dudaberhias 4-5-2021 02:24 PM
Ya ampun, mesti dah biasa naik tongkang ke sini sebagai latihan dulu2. Ni sekarang masa untuk praktikkan pulak di negara sendiri untuk dapatkan degree.
Quote rospinki 4-5-2021 02:25 PM
polis merin plak buat sekatan sungai cemana?
Quote krustykrab 4-5-2021 02:27 PM
dudaberhias replied at 4-5-2021 02:24 PM
Ya ampun, mesti dah biasa naik tongkang ke sini sebagai latihan dulu2. Ni sekarang masa untuk prakti ...

Haha...dah biasa training masa nk masuk sini
Quote Skuau 4-5-2021 02:31 PM
harap kjaan Msia membenarkan PATI pulang secara 'sukarela' raya ni.
Quote oni313 4-5-2021 02:48 PM
karipap_sadin replied at 4-5-2021 01:44 PM
Hahahahaha. Aku pun sebenar nya biasa je pikir mcm ni tapi aku pikir lalu2 selat melaka tepi2 tu je  ...

aku pun pernah terpikir jugak, nak berenang je kt sungai bernam tu, balik ke perak....

sipi2 jambatan ulu bernam / tg malim tu celah2 semak samun tu, sepelaung je kalau berenang dah sampai bus stand tg malim tu

duk pikir balik, ngapelah aku extreme sgt pemikiran aku ni
Quote Belibis 4-5-2021 02:54 PM
JunkMail: Dah biasa guna jalan tikus kan...

Ni dah jadi jalan boya la pulak.
Quote ninja boy 4-5-2021 03:54 PM
Pernah study sungai2 yg bersambung banjir tu laluan2 tepi pantai dan jalan ladang, tapi sbb kg dlm negeri jadi tiada keperluan utk berakit berkayak bermotor wakakaka
Quote jalfa 4-5-2021 04:00 PM
Yes...setuju pak muidin  offer pati pengampunan sempena aidifitri..mesti berbondong hondong mudik lebaran..mhaha
Quote netto_ 4-5-2021 04:24 PM
Adoi parah maknosia2 ni sume da terdesak. Smpai naik rakit dah
Quote orgsepang 4-5-2021 11:04 PM
Akak ada mimpi pergi beraya ikut sungai tapi oleh kerana kampung akak ada parit dan longkang saja maka akak terima hakikat mimpi itu hanya mainan tidur maka dengan redha sekali lagi kita beraya keliling rumah sajok.
Quote glump 5-5-2021 02:32 PM
Raya tahun lepas , ada orang asli tu balik Rompin pahang naik perahu dari Kahang,johor. Rentas negeri tu. ..
Quote Ninjanunu 17-5-2021 12:43 PM
Idea otak geliga..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.059262 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top