Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi sebuah keluarga yang terpaksa mencari dana tambahan bagi menampung kos rawatan anaknya yang baru sahaja berusia 46 hari.
Kisah yang meruntun hati ini diceritakan oleh seorang wanita dikenali sebagai Ummi Ar Rayyan di laman Facebook, dan membuatkan rata-rata warganet berasa sebak akan kisah anak keduanya itu. Menerusi posting tersebut, wanita ini menawarkan untuk menjual car seat dan beberapa barangan bayi bagi menampung kos rawatan anaknya yang diuji dengan pelbagai penyakit. Difahamkan, segala hasil jualan barangan-barangan tersebut akan diguna pakai bagi menampung kos pembedahan anaknya itu.
Pada masa yang sama, dia turut meminta doa daripada orang ramai supaya anaknya kembali sembuh seperti sedia kala. Berbicara dengan lebih lanjut, wanita ini menjelaskan keadaan anaknya selepas dilahirkan sama sahaja seperti bayi yang lain namun, atas persuratan takdir dia terpaksa akur dan reda dengan apa yang telah terjadi. Jelas wanita ini, anaknya yang dikenali sebagai Sofia merupakan seorang bayi yang sangat aktif seperti bayi-bayi yang lain. Namun, alangkah terkejutnya wanita ini apabila doktor membuat panggilan telefon dan memberitahu unuk berjumpa bagi menjelaskan apa yang telah berlaku kepada anaknya itu. Pada masa itu, wanita ini sudah meletakkan harapan yang tinggi untuk membawa pulang anaknya ke rumah namun, sangkaannya ketika itu meleset sama sekali. Sumber: OhBulan
|
depresio replied at 4-5-2021 04:57 PM
Kalau aku dah tak operate dah
Biarlah dia pergi dgn tenang..
eyansss replied at 5-5-2021 12:08 PM
maybe percentage diberikan tinggi... tu mak dia nak try tu...
ADVERTISEMENT