Jumlah pengunjung yang membanjiri beberapa pusat membeli-belah di sekitar Makassar bagi mendapatkan keperluan Aidilfitri dibimbangi boleh mencetuskan kluster baharu Covid-19. Hal ini kerana, pihak pengurusan di kebanyakan pusat beli-belah di sini mengabaikan protokol pencegahan Covid-19, sekali gus menyebabkan para pengunjung juga melakukan tindakan sama.
Ketua Pasukan Pencegahan Covid-19 Makassar, Iman Hud berkata, pihaknya sudah mengeluarkan surat amaran kepada sejumlah pusat beli-belah yang mengingkari protokol Covid-19. “Jangan sia-siakan usaha kerajaan dan semua pihak yang bertungkus-lumus kawal jangkitan Cobid-19 di negara ini. “Jangan disebabkan teruja untuk membeli keperluan Aidilfitri, semua protokol Covid-19 dilupakan dan akhirnya muncul kluster baharu,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.
Selain itu, Iman juga menegur pengurusan pusat beli-belah yang dilihat hanya mementingkan keuntungan berbanding keselamatan kesihatan sejagat. Jelas beliau, sepatutnya pihak pengurusan pusat beli-belah lebih jelas mengenai protokol Covid-19 bagi mengelak penularan jangkitan. Sementara itu, kapasiti orang ramai keluar membeli keperluan hari raya di pusat beli-belah dilaporkan meningkat di 29 daripada 34 wilayah di seluruh negara. Sumber: Utusan
|
helicornia replied at 4-5-2021 02:16 PM
mana2 perangai sama je
macam la baru tahun ni sambut raya
gigih masing2
ADVERTISEMENT