|
Kata orang kalau jodoh tak ke mana, pusing jauh sana sini pun masih tetap akan berjumpa juga. Adakah ini bermaksud pelakon Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly sudah ditakdirkan untuk bersama selepas mereka beberapa kali digandingkan dalam drama yang sama? ![]() Selepas digandingkan dalam drama 7 Hari Mencintaiku, Wan Sharmila dan Syazwan kelihatan serasi bersama seperti pasangan kekasih sebenar. Terkini, Wan Sharmila atau lebih mesra dengan panggilan Lala, sekali lagi bakal digandingkn dengan Syazwan menerusi sebuah telemovie. ![]() Jika dilihat pada foto yang di kongsikan oleh Lala di laman Instagram miliknya, mereka memegang watak sebagai pasangan suami isteri. Lebih melucukan, ada diantara peminat mereka turut mengatakan bahawa wajah mereka seakan seiras. ![]() ![]() ![]() Sebelum ini, ada peminat menganggap bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan cinta tetapi berita itu disangkal oleh Lala. Tapi, kalau betul pun apa salahnya kan? Maklumlah masing-masingkan tengah single mana tahu ada peluang . Sumber photo: Instagram Wan Sharmila Read More : https://www.hotfm.com.my
|

SweetRehan replied at 5-5-2021 09:51 AM
Awat sedih bebenor muka fauziah nawi tu....
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.230811 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.