Tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela bagi penduduk Selangor dan Kuala Lumpur semalam dipersoalkan oleh warganet.
Menurut mereka, sebagai ahli Parlimen Syed Saddiq sudah pun mempunyai kuota wakil rakyat untuk mendapatkan suntikan vaksinnya sendiri. Sebelum itu Syed Saddiq berkata, dia telah berjaya mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca. “Alhamdulillah berjaya daftar. Semoga semua urusan vaksinasi dipermudahkan,” katanya di Twitter. Tidak sampai empat jam ditawarkan kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur, sejumlah 268,000 vaksin AstraZeneca sudah habis ditempah semalam. Pemberian vaksin AstraZecna secara sukarela dilakukan selepas Kerajaan menimbangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat terhadap tahap keselamatan vaksin berkenaan yang sebelum ini dikaitkan dengan insiden pembekuan darah yang jarang berlaku di beberapa negara. Untuk rekod Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antara kumpulan pertama yang menerima suntikan vaksin COVID-19, bermula hujung bulan Februari. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pertimbangan demikian diberi memandangkan tugas ahli politik yang banyak bertemu dengan rakyat. “Kerajaan bersetuju Ahli Parlimen dan ADUN tidak kira mereka di pihak mana sekalipun, mereka akan diberikan vaksin pada fasa pertama untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan dan selamat. “Saya minta menteri bincang dengan kepimpinan yang ada dan kita laksanakan apabila vaksin kita terima dalam tempoh terdekat ini,” katanya. Sumber: Suara Merdeka
|
Punat_button replied at 5-5-2021 09:21 AM
kalau betul dia 'terlepas' kuota MP dulu then he has equal right like any citizen.
apa isunya?
buragazz replied at 5-5-2021 09:16 AM
Katanya AstraZeneca ni boleh sebab kan Blood Clot.. gisau pulak aku sebab aku ada darah tinggi..
ADVERTISEMENT