Berang melihat isterinya membonceng motosikal dengan lelaki lain, seorang lelaki nekad menikam wanita itu. Berikutan video kejadian yang ditularkan di media sosial, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pihak berkuasa selepas melarikan diri ke Garut, Jawa Barat.
Menurut sumber TribunNews, kejadian di Margahayu Selatan, Margahayu di Bandung itu berlaku pada 29 April lalu sekitar jam 2 petang. Jurucakap polis Dwi Indra Laksmana berkata, perbuatan suspek bermotifkan cemburu melihat isterinya berusia 25 tahun menaiki motosikal bersama lelaki lain. Ketika kejadian, suspek bertemu mangsa yang sedang berjalan bersama temannya. Difahamkan, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek memukul dan menikam mangsa. Tiga hari selepas kejadian, polis menahan suspek dan merampas beberapa barang bukti seperti sebilah pisau, baju berwarna biru gelap dan seluar jeans yang terdapat kesan darah.
Mangsa yang cedera ditikam di bahagian kanan pinggang, perut dan lengan kanan kini masih dirawat di hospital. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara lima tahun. - CARI
|
ADVERTISEMENT