Tindakan segelintir selebriti menyalahgunakan kebenaran rentas negeri mengundang rasa kurang senang masyarakat termasuklah penyanyi Bunga Isme yang mengakui terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka itu.
Menurut Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 21, tindakan sedemikian dilihat tidak adil, lebih-lebih lagi apabila orang lain terpaksa patuh mengikuti peraturan meskipun memendam rindu mendalam terhadap keluarga. Kata Bunga, dia sendiri sudah lama tidak bertemu bapa tersayang yang kini berada di Kedah dan hanya berhubung melalui panggilan telefon bagi mengubat kerinduan. "Rasa macam tak adil bila tengok orang lain rentas negeri sedangkan kita pun dah lama berjauhan dengan keluarga. Mereka yang salah guna kebenaran rentas negeri ni tak fikir ke tentang orang lain yang terpaksa tanggung rindu kerana tak ada kemampuan itu.
"Kita selebriti mungkin boleh keluarkan surat menyatakan kita kerja tapi hakikatnya ada yang gunakan untuk tujuan lain... itu sebenarnya salah dan tak adil buat semua. "Sejujurnya saya sendiri sangat merindui bapa yang berada jauh... risau memikirkan keselamatan dan kesihatan di sana. Dalam usia bapa yang semakin meningkat, kita pun tak tahu smpai bila akan dapat bersama dia," katanya kepada mStar.
|
vanillaninja replied at 5-5-2021 02:17 PM
Siapa sheols ni. Sedap pulak nampaknya teh ais dalam gambar tu.
ADVERTISEMENT