|
New Delhi: Sanggup memotong lidahnya. Itu pengorbanan besar seorang wanita bagi menunaikan nazarnya selepas parti pilihannya menang dalam pilihan raya untuk negeri Tamil Nadu.
Vanithaa, 32, dari Tamil Nadu itu menunaikan janjinya selepas parti Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) menang pilihan raya di negeri itu, baru-baru ini. India Today melaporkan, wanita itu sebelum ini bernazar mahu memotong lidahnya jika parti itu menang. Selepas memenangi pilihan raya negeri, Vanithaa ke sebuah kuil dan memotong lidahnya dan cuba menyerahkannya kepada pihak kuil. Namun, disebabkan sekatan Covid-19, wanita itu hanya meninggalkan lidahnya di luar pintu kuil.
Vanithaa dilaporkan dikejarkan ke hospital akibat pengsan di luar kuil. Selepas sedekad dalam pembangkang, DMK meraih kemenangan meyakinkan ke atas pesaingnya di Tamil Nadu dengan menggulingkan parti kerajaan dalam pilihan raya 2021.-CARI Sumber: Harian Metro
|


Belibis replied at 5-5-2021 02:55 PM
Ada yang nazar bunuh diri kalau dapat kerja..extra vodo vaganza.
virgo19 replied at 5-5-2021 04:14 PM
Abis tu, camne nak bercakap tu? Jadi pemimpin tapi tak boleh bercakap?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.580542 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.