CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Afieq Shazwan Update Hubungan Dengan Wany Kayrie

5-5-2021 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8197| Komen: 30

Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan mendedahkan hubungannya dengan rakan artis, Wany Kayrie masih lagi baik meski hanya berhubung menerusi media sosial sahaja kebelakangan ini.


Memilih untuk tidak terlalu memikirkan mengenai soal hubungan cinta di antara mereka, Afieq,24, bagaimanapun mengakui ada meraikan ulang tahun kelahiran bintang asal Sabah itu Mac lalu.

Foto: IG

“Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara itu. Malah kami pun sudah lama tak berhubung di antara satu sama lain.

“Kalau ada pun, hanyalah di media sosial. Bukan bergaduh, cuma dia sekarang sibuk dengan kerjaya dan kembali aktif berlakon. Saya sendiri pun ada komitmen dengan lakonan.

“Saya pun tak tahu nak cakap bagaimana… Senang cerita kami ni sama sahaja, suka main tarik tali. Cuma, biasalah perempuan akan jual mahal.

“Akan tetapi baru-baru ini saya ada berikan ucapan bersempena dengan hari jadinya selain berikan hadiah yang diidamkannya. Dia sendiri pun tak jangka saya berikannya hadiah tersebut,” katanya kepada MH.



Mengulas mengenai hal tersebut dengan lanjut, Afieq yang kini popular menerusi lagu Lelaki di Telefon mendedahkan, mereka hanya teman rapat dan bebas untuk berkawan dengan sesiapa saja ketika ini.

“Kami berkawan, kalau nak dikatakan kami ni ‘teman tapi mesra’, mungkin ya. Malah, kami juga dikelilingi rakan-rakan yang sama.


Foto: IG

“Jadi, tiada masalah untuk saya dan Wani berkawan dengan sesiapa sahaja,” katanya yang turut menghormati peminat yang menyokong hubungan baiknya dengan Wani atau sebaliknya.

Sebelum ini, keakraban mereka diperkatakan ketika mereka sama-sama menyertai program Big Stage musim pertama, tiga tahun lalu. Malah ada ketikanya, masing-masing turut memuat naik foto dan video bersama di akaun media sosial. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 5-5-2021 03:44 PM
Sila melingkup macam pasangan sheryl dan azzam (?) ya...biar org kenal ko dengan gosip2 macam ni je what a wasteee.. Dah lama tak jumpa mende aku baru nampak kat feed discover 2 3 hari lepas ada yang repost ko pegi buka sama2 khennn
Quote hyie 5-5-2021 04:23 PM
pic yang last tu wani sebijik macam pesen ctdk zaman aku cinta padamu
Quote Kurex 5-5-2021 04:30 PM
Tuanya muka perempuan ni.
Quote giyomi 5-5-2021 06:33 PM
Edited by giyomi at 5-5-2021 06:35 PM

sendu ko dik wlpon rupa ada sore ada,  tak perlu rasanya nak up citer2 tak berfaedah yg org tak hingin nak tau.  cuba upkan diri dgn bakat sedia ada.
Quote Fly_over 5-5-2021 06:35 PM
muka afieq sama dgn muka laki alicia amin
Quote ashcroft86 5-5-2021 06:58 PM
Desa nan permai sgt, persis namanya wani. Afieq ni weols ad soft spot kt heols. Suara not baddd.
Quote MakcikLaksa 5-5-2021 09:05 PM
Aritu acik ada tgk trek selebriti ke apa ntah pasal afiq ni. Tnjuk hidup dia, umah, bagai2. Mmg dr fmly kaya tp acik suka tgk personaliti dia mcm rendah diri, sopan, bdk baik sgt. Suka acik tgk ko ni afiq.

Wani ni acik xknl sgt.
Tp suara dia sdp jgk besar2 gitu suaranya
Quote slyfynx 5-5-2021 09:15 PM
Ade orang tanye ke?
Quote LadyCarefree 6-5-2021 01:30 AM
Baju hitam tu nampak tek dia layotnyer
Quote LadyCarefree 6-5-2021 01:34 AM
Statement macam org low iq
Quote sakitperut 6-5-2021 01:42 AM
Hmmm x kenal  
Quote kiah_mai_pulak 6-5-2021 05:28 AM
apa menda ni shiiiiii yallll???
Quote Aneem 6-5-2021 08:13 AM
Sore sedap tp takde aura, rupa pun seadanya.
Hat laki tu pulak aura kanak2 tebal lagi.
Next...
Quote AKAZ85 6-5-2021 09:33 AM
Oh.. Ingat update dah bertunang ke.. Dah bernikah ke.. Rupanya hubungan masih baik je laa.. Boringggggggg
Quote mawarkhayalan99 6-5-2021 09:49 AM
bosan noksss. next!!!!!
Quote syidasaleh 6-5-2021 10:40 AM
Sejenis gemor mendada ehh
Quote ezacbee 6-5-2021 10:51 AM
Gambo last nampak muka wany cam ahkak nita
Quote NFBZCantik 7-5-2021 10:33 AM
Big stage dah 3 years eh? wow cepat masa berlalu
Quote MontanaHannah 8-5-2021 11:04 AM
hyie replied at 5-5-2021 04:23 PM
pic yang last tu wani sebijik macam pesen ctdk zaman aku cinta padamu

tahi nya ko

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.056311 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top