New Delhi: Lapan singa Asia di sebuah zoo di Hyderabad, India, disahkan positif Covid-19, sekali gus menjadikan kes pertama seumpamanya di negara itu.
Media tempatan melaporkan bahawa doktor haiwan di Nehru Zoological Park itu pada mulanya melihat binatang terbabit menunjukkan gejala Covid-19, pada akhir April lalu. Daripada 12 singa di zoo itu, lapan daripadanya mengalami batuk-batuk dengan cecair keluar dari hidung, serta hilang selera makan. Pemeriksaan lanjut mengesahkan bahawa kelapan-lapan singa berkenaan positif Covid-19. "Singa terbabit kini diletakkan dalam kandang yang berasingan dengan haiwan lain dan menerima rawatan dan penjagaan sewajarnya," kata pengarah zoo itu, Dr S Kukrety, seperti dilaporkan The Independent.
Sementara itu, Kementerian Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim India berkata, lapan singa berkenaan itu menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan. Menurutnya, ia kini dalam pemulihan, sudah menunjukkan tingkah laku yang normal dan makan seperti biasa. Difahamkan, zoo itu ditutup untuk pengunjung bagi mengelak ada kontak antara manusia dan haiwan yang ditempatkan di situ. Selain itu, pengurusan sudah mengambil langkah pencegahan sewajarnya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
merrissa replied at 5-5-2021 04:58 PM
dahsyatnya covid ni sian singa....singa kita pon sedih...sedih x hbs2 berpkpkpkpkpkpkp.....pak monte ...
merrissa replied at 5-5-2021 08:58 AM
dahsyatnya covid ni sian singa....singa kita pon sedih...sedih x hbs2 berpkpkpkpkpkpkp.....pak monte ...
mbhcsf replied at 6-5-2021 08:07 AM
sian plak kena Covid-19, wow virus ni bebetul virulent habis. Tapi sesinga ni semua okay je ye semb ...
ADVERTISEMENT