CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Peninju Bunuh Kekasih Hamil

5-5-2021 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3556| Komen: 17

San Juan: Bekas peninju Olimpik Puerto Rico, Felix Verdejo didakwa kerana membunuh kekasihnya dan anaknya di dalam kandungan wanita itu.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana membabitkan keganasan ke atas wanita di wilayah Amerika Syarikat itu.


AFP melaporkan, Verdejo tampil dalam perbicaraan secara maya di Mahkamah Persekutuan San Juan di mana dia berdepan tiga tuduhan iaitu menculik dan membunuh Keishla Rodriguez yang sedang hamil.

Foto: Harian Metro

Hakim Camille Velez tidak membenarkan Verdejo, 27, dibebaskan dengan jaminan.

Menerusi aduan diperoleh AFP, Verdejo yang sudah berkahwin dipercayai mempunyai hubungan dengan Rodriguez.


Dia dipercayai menculik mangsa pada 29 April lalu selepas wanita itu memaklumkan dirinya hamil.

Di dalam afidavit, Verdejo dikatakan meminta orang lain yang disebut sebagai saksi membantunya untuk menggugurkan kandungan Rodriguez.

Sepanjang kariernya, dia memenangi 27 pertarungan dengan 17 secara kalah mati.

Difahamkan, Verdejo dan saksi terbabit mengikat tangan dan kaki Rodriguez dengan wayar.

Selepas itu mereka pergi ke sebuah lagun dan melemparkan wanita itu dari sebuah jambatan ke dalam air.

Peninju berkenaan kemudian menembak Rodriguez ketika mangsa berada di dalam air.

Biro Siasatan Persekutuan menemui bukti bahawa Verdejo dan wanita itu berhubung pada hari kejadian.

Kamera keselamatan pula menunjukkan sebuah kereta yang sama dimiliki Verdejo berada di atas jambatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 5-5-2021 04:44 PM
wow, syaitonnn nya perangai
Quote sarah82 5-5-2021 05:01 PM
Kejamnyaaaa
Quote epuepy 5-5-2021 05:28 PM
Kejam nya. Takut kantoi ada hubungan sulit la tu.
Quote mrsbale 5-5-2021 05:39 PM
Gila lah.
Kalau xdpt deatlh penalty mmg saja ja.
Quote sharlenetexas 5-5-2021 06:00 PM
Macam kes oscar pistorius.

Quote supernaturalee 5-5-2021 06:05 PM
sharlenetexas replied at 5-5-2021 06:00 PM
Macam kes oscar pistorius.

Hah
Br nk ckp


Quote cha-cha 5-5-2021 06:07 PM
Huishhhh kejam nya, dah lah dengan orang yang kenal kau, dok bercinta dengan kau, lainlah orang yang kau benci gilaaaaaaa.
Quote hareeeesah 5-5-2021 06:58 PM
Kejamnya... hitamnya hati.. dia buang dari atas jambatan tu the girl still hidup la kan? Cant imagine... i cry
Quote rrgal 5-5-2021 10:19 PM
Kejam sangat
Quote Manjahati 5-5-2021 10:50 PM
Kejam nya manusia niii
Quote NataliaLuiz 6-5-2021 07:01 AM
Kesiannya.. Dah la tgh pregnant..
Quote msamyrazi 6-5-2021 07:35 AM
udah bersedap-sedapan dengan gfnya , bila gf nya hamil tak nak tanggungjawab plus takut kantoi ngan bini. tak cukup di lempar dari jambatan , di tembak pulak perempuan tu. mohon perempuan jadi momok , biar hidup jantan tu tak tenang .
Quote Suchi 6-5-2021 07:43 AM
msamyrazi replied at 6-5-2021 07:35 AM
udah bersedap-sedapan dengan gfnya , bila gf nya hamil tak nak tanggungjawab plus takut kanto ...

Kan skandal berani sgt tapi penakut gila ngn bini.

Dah byk kes jantan tagune gini bunuh kekasih hamil sbb takut bini.
Teringat kes kat CI tu jela gf dia tgh sarat ngandung dia bunuh pastu simpan mayat dlm tong sampai 30 tahun kot ke lagi lama lupa dah sbb kejadian tu berlaku tahun 60an kot.
Bila polis jumpa dan hampir nak tangkap dia boleh plak dia g bunuh diri.
Punyala takut kantoi ngn bini sampai sanggup bunuh diri.

Kat indon pun sama selalu ada kes bunuh gf yg hamil sbb tanak tanggungjawab.
Manusia2 gini selayaknya dikembiri dan kalau terlepas dr hukuman semoga tak dapat membiak sampai bila2.
Anak sendiri pun ko sanggup bunuh tak payah laa ada zuriat lagi.
Quote naina 6-5-2021 07:45 AM
Jahat gilerrr. Laki xguna nilah. Sedap beromen smpi pregnant phtu bunuh. Mesti perempuan tu dh kena pukul sebelom bunuh. Jahat giler.
Semoga takda ketenangan hidup kau
Quote RinIna 6-5-2021 09:22 AM
Keisannya.. perlu ke bunuh? Tak ada perasaan sungguh..
Quote Carcosa 6-5-2021 09:27 AM
Peninju profesional, menang berpuluh2 kali, tapi pengecut!! Bunuh org yg lemah. Punyalah cuak dgn bini dia, sanggup dia buat mcm tu dkt gf dia. Kau chot kemain sedap lepas dalam, org tu ngandung, kau bunuh dgn kejam. Harap kau akan sakit dkt jail dgn penyakit yg menyakitkan tubuh badan smpai merana
Quote anisanim 16-6-2021 10:51 AM
Malang x berbau... Tidak cukup lempor dalam air, ditembak pulak.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.056408 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top