|
Warga emas berusia 73 tahun tidak terkecuali dikenakan kompaun berjumlah RM5,000 kerana melanggar kuarantin kendiri di rumah dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Lelaki yang tinggal di Kampung Sungai Klau, Taub Pahang itu dikenakan tindakan itu menerusi operasi penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12.30 tengahari hingga 2 petang semalam.
Lelaki yang tinggal di Kampung Sungai Klau, Taub Pahang itu dikenakan tindakan itu menerusi operasi penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12.30 tengahari hingga 2 petang semalam. Kompuan tersebut kenakan kerana alasan yang diberikan tidak munasabah dan warga emas itu boleh merebakkan jangkitan Covid-19 kepada orang ramai sekiranya dia positif Covid-19. “Lelaki itu dikenakan kompaun di bawah Perkara 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2020.
“Selain itu dua lagi individu berusia 69 dan 52 tahun dikenakan kompaun RM2,000 seorang atas kesalahan berkumpul dan makan di kedai dalam kawasan PKPD tanpa alasan munasabah,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis. Kama Azural berkata, dua individu yang masing-masing dari Kampung Sungai Klau dan Taman Sungai Klau dikenakan kompaun di bawah Perkara 25(a) PPPDPPB 2020. Sumber: Suara Merdeka
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.506366 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.