Presiden Venezuela, Nicolas Maduro pada Selasa menerima kunjungan hormat bintang Hollywood, Steven Seagal yang terkenal dengan aksi-aksi seni mempertahankan diri dalam filem-filem lakonannya.
Dalam kunjungan itu, Seagal yang pernah popular dalam filem 'Hard to Kill' dan 'Under Siege' menghadiahkan sebilah pedang samurai atau lebih dikenali sebagai katana di Jepun kepada Maduro di pejabatnya di Caracas. Bintang Hollywood itu hadir tanpa memakai pelitup muka dan berpakaian serba hitam. Menurut portal berita Explica. co, Presiden Venezuela itu turut menghunus pedang tersebut sebelum memeluk Seagal. Tidak ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Maduro berhubung pertemuan itu. Dalam tempoh beberapa dekad selepas Seagal mengecapi populariti, beliau menjadi penyokong kuat kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Menurut AFP, pada tahun 2016, Rusia memberikan kerakyatan kepada bintang Hollywood itu. Putin turut menyerahkan pasport kepada Seagal secara peribadi pada tahun 2016 dan penyerahan itu disiarkan menerusi televisyen negara itu. Amerika Syarikat (AS) sebelum ini menganggap pemilihan semula Maduro dalam pilihan raya negara itu pada tahun 2018 itu dicemari dengan penipuan. Beliau turut dilabelkan sebagai diktator berhubung dakwaan penipuan undi dan lain-lain penyalahgunaan kuasa. Pemimpin pembangkang, Juan Guaido kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin Venezuela yang kemudian diiktiraf lebih 50 buah negara termasuk AS. Sumber: Sinar Harian
|
lavendernovella replied at 6-5-2021 03:28 PM
Seagall ni mmg polis.
ADVERTISEMENT