CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Kelantan Amat Dukacita Ramai Rakyat Masih Ambil Ringan SOP

6-5-2021 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6604| Komen: 35

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sangat dukacita melihat ramai rakyat negeri ini masih mengambil ringan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.


Baginda sekali gus menitahkan semua pihak, terutama rakyat Kelantan, perantau, golongan kenamaan mahupun selebriti, supaya tidak merentas negeri sekiranya tiada kecemasan, berikutan perebakan varian Afrika Selatan B.1.351 di negeri ini dikesan berpunca daripada aktiviti terbabit.


Kredit foto: IG Kelantan D'Raja (Official)

Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Muhammad V, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, berkata baginda turut menzahirkan kebimbangan susulan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19 sehingga mencecah lebih 400 kes sehari di Kelantan sejak pertengahan bulan lalu.

Justeru, beliau berkata, baginda menyeru rakyat agar mengambil serius perkara berkenaan.


"Unit Rawatan Rapi (ICU) hampir penuh kapasiti dan ia turut menjejaskan pesakit ICU sedia ada sehingga terpaksa ditempatkan di wad biasa.

"Jumlah pesakit meningkat sehingga memaksa kerajaan negeri membuka hospital lapangan di Padang Perdana, dan ini menunjukkan situasi kritikal di Kelantan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Dalam pada itu, baginda menyarankan semua peniaga supaya mengutamakan pengurusan perniagaan secara dalam talian.

Baginda turut berharap seluruh rakyat bekerjasama melindungi ahli keluarga dan orang sekeliling, selain berempati dengan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah banyak berkorban sejak awal pandemik demi mengekang penularan COVID-19, terutama menjelang Aidilfitri pada minggu depan.

"Baginda merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kakitangan KKM yang tidak mengenal penat lelah berkhidmat untuk segenap lapisan masyarakat.

"Sempena minggu terakhir Ramadan, baginda mengajak semua rakyat untuk sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT supaya penularan COVID-19 dapat dibendung dan tindakan kolektif yang diambil rakyat dapat melandaikan lengkuk jangkitan," katanya.


Sumber: BH Online
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 6-5-2021 02:12 PM
wow dia wujud lagi rupanya hehe
Quote Tinot7 6-5-2021 02:14 PM
apecer voediva ke apa namanya dan anak lakinya?
Quote alesandra 6-5-2021 02:18 PM
Abe yeh korang ni dah duduk kt kelantan kah?
Quote addved 6-5-2021 02:18 PM
After his royal highness very public shenanigans' , saya hilang respek .......
Quote Orix 6-5-2021 02:20 PM
Edited by Orix at 6-5-2021 02:23 PM

iyo lah tu abe weyyy... anak sihak dokk
Quote ngek 6-5-2021 02:22 PM
Kelantan masih ada Sultan lg rupanya
Quote msdummy.2018 6-5-2021 02:42 PM
Eh eh eh eh eh eh mak is surprisedddd
Quote Boomibulat 6-5-2021 02:52 PM
Ada satu kata2..hadis ke ape x ingt yg berbunyi lebih kurang begini..'kalau elok pemimpin maka elok lah rakyatnya'..
Wallahua'lam
Quote MissYouSayang 6-5-2021 02:57 PM
Hok aloh kelate gedebe buoh mempeler
Quote MissVixen 6-5-2021 03:07 PM
Ingatkan dah tak kisah pasal rakyat dia. Masih ada di kelantan atau di singapura dan eastern europe?
Quote merrissa 6-5-2021 03:51 PM
Eleh dia dah vaksin rilek la ke sana ke sini
Quote bottombikini 6-5-2021 04:02 PM
ehhhh kesah pulak uols pasal rakyat jelata ya

tak sangka
Quote nirman 6-5-2021 04:07 PM
uori replied at 6-5-2021 02:12 PM
wow dia wujud lagi rupanya hehe

I wanted to say the same thing lol
Quote Timortimur 6-5-2021 04:08 PM
Cuba tnya family jahzouk, manalah tau terbawak blj variant tu ke Kelantan
Quote Timortimur 6-5-2021 04:10 PM
At least dia tak delah pg mengemis mcm jagong skrg ni, pg mtk vaccines kat negara lain utk tembolok sendiri opdss...kepentingan diri dan kga
Quote nirman 6-5-2021 04:11 PM
MissVixen replied at 6-5-2021 03:07 PM
Ingatkan dah tak kisah pasal rakyat dia. Masih ada di kelantan atau di singapura dan eastern europe?

Definetly not in Singapore.
Quote 3chanceno 6-5-2021 04:53 PM
nirman replied at 6-5-2021 04:11 PM
Definetly not in Singapore.

Bukan di Mosko jua.......

Nie titah jugak  untuk yg meLangkawi dan meNilai ke??
Quote kakakgarang 6-5-2021 05:13 PM
diam la kau..
Quote kakikuDibibirmu 6-5-2021 05:29 PM
Huk aloh klate gedebe kote buah mempele serambi Moscow

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.046384 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top