Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah reda dan akur karnival Aidilfitri anjurannya dibatalkan susulan pengumuman kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur mulai 7 Mei hingga 20 Mei.
Dia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Sdn Bhd berkata, selaku penganjur Starvendors Mega Raya Fest 2021, dia berjanji memulangkan semula bayaran penyewa tapak. "Terlebih dahulu pihak pengurusan STARVENDORS EVENT SDN BHD ingin memohon maaf kepada semua vendorian, selebriti, tenaga kerja, kontraktor, kru dan semua yang telah bekerjasama menjayakan event kami. "Pihak pengurusan STAR VENDORS dengan rela hati akan MEMULANGKAN semula semua bayaran yang telah dibuat kepada akaun Starvendors. Ini sejajar dengan janji Ketua Pegawai Eksekutif, Ifa Raziah di sidang media STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2021 pada 24th April 2021 lalu," tulisnya di Instagram.
|
234126 replied at 6-5-2021 06:35 PM
Kat twitter ada lady ni merayu beli biskut dia sebab dia habis beribu nak join karnival tu, buat coo ...
234126 replied at 6-5-2021 06:35 PM
Kat twitter ada lady ni merayu beli biskut dia sebab dia habis beribu nak join karnival tu, buat coo ...
ADVERTISEMENT