![]() Intimnya Agnes Monica, Adam Rosyadi SEKEPING foto yang menunjukkan aksi mesra antara penyanyi, Agnes Monica dengan model Adam Rosyadi menarik perhatian netizen, Masing-masing mula berspekulasi tentang hubungan dua selebriti itu. Biarpun Agnes mahupun Adam jarang berkongsi momen bersama, namun satu perkongsian foto berpelukan antara mereka ketika menikmati suasana senja di sebuah lokasi baru-baru ini menjadi perhatian ramai peminatnya. Bagaimanapun sehingga kini, baik Agnes mahupun Adam, masing-masing masih belum memberikan penjelasan tentang status sebenar perhubungan mereka. Namun, jika benar Agnes dan Adam benar-benar bercinta, hubungan mereka telah pun direstui peminat dan disifatkan bagai pinang dibelah dua. Menerusi tinjauan dalam Instagram lelaki tersebut, ternyata Adam juga memiliki kebolehan menari sekali gus menguatkan lagi keserasian hubungannya bersama Agnes. Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.259821 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.