Sebuah keluarga dari Filipina menamakan bayi lelaki mereka yang baharu dilahirkan dengan nama Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl Mampuan Buscato. Menurut laporan, nama yang sukar disebut dan juga ejaannya diputuskan oleh datuk bayi berkenaan, Raugyl Ferolin Estrera yang berasal dari Carmen, Cotabato.
Nama yang dipilih begitu sukar sehingga pegawai yang memproses sijil kelahiran bayi itu terpaksa mencetak semula dokumen tersebut kerana mereka melakukan kesalahan dalam ejaan namanya. Bagi memudahkan setiap orang, Estrera turut memberikan nama panggilan kepada cucunya sebagai 'Konsonan'. Bercakap kepada media, Estrera menjelaskan bahawa pemilihan nama cucunya iaitu 'Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl' dibentuk dengan menggabungkan beberapa huruf daripada namanya dan juga nama ayah, ibu, dan nenek kepada bayi tersebut. -CARI
Sumber: mStar/ India.com
|
taji2906 replied at 7-5-2021 11:11 AM
kalau la baby tu paham dari sekarang nama dia gitu, mau dilempang atoknya tu
ellejo replied at 7-5-2021 11:25 AM
budak tu baru lahir ko da menyusahkan dia. ni mesti set2 bila dah besar nanti suh carik laki omputeh ...
Kurex replied at 7-5-2021 11:54 AM
Yg atok nama kemain sedap. Bila bagi cucu, terus hauk nama budak tu. Lain kali letak nama jizklongkl ...
ADVERTISEMENT