Mimpi ngeri seorang ibu apabila anaknya berusia empat tahun membeli aiskrim berjumlah ASD2,600 (RM10,714) menerusi portal bisnes online. Jennifer Bryant pening kepala apabila anaknya, Noah yang juga peminat setia kartun SpongeBob SquarePants membeli 51 bekas aiskrim yang mengandungi 918 batang aiskrim di dalamnya melalui laman web Amazon. Hal ini membuatkan Jennifer memuat naik status di media sosial, kerana pihak Amazon tidak menerima pemulangan semula aiskrim tersebut menyebabkan dia terpaksa membayar harga aiskrim itu, seperti yang dilaporkan akhbar New York Post. Bagaimanapun, seorang individu baik hati kemudian mewujudkan kutipan derma online menerusi laman web GoFundMe bagi membantu membiayai kos tersebut. Akhirnya ia berjaya dibayar sepenuhnya oleh orang ramai yang bermurah hati memberikan sumbangan kepada Bryant berjumlah AS3,675 (RM15,150). Jennifer kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan menambah lebihan kutipan dana itu akan digunakan untuk rawatan anaknya yang menghidap autisme. Di Malaysia, sebelum ini dilaporkan seorang kanak-kanak telah membuat tempahan makanan menerusi telefon pintar ibunya. Jadi, buat ibu di luar sana, hati-hati ya. - CARI |
shida81 replied at 7-5-2021 07:54 PM
Anak ak beli apps bodo 500... Pakai tpon ak.. Perasan bile da charge kt bil
Rmz83 replied at 7-5-2021 09:42 PM
Ank umr brp tu?u bg password hp ke?
shida81 replied at 7-5-2021 07:54 PM
Anak ak beli apps bodo 500... Pakai tpon ak.. Perasan bile da charge kt bil
Somed replied at 8-5-2021 10:47 AM
Anak2 sekarang semakin bijak. Anak2 zaman teknologi sekarang perlu diberi pemantauan yang lebih teru ...
salmon-suki: Siyes xfaham..caner anak boleh order bnda2 tu?xkan dorg taw psword kot?cth shopee lah,nk guna shopeepay pn kne masukkan psword b4 bt payment, kredit/d ...
salmon-suki replied at 7-5-2021 11:02 PM
Siyes xfaham..caner anak boleh order bnda2 tu?xkan dorg taw psword kot?cth shopee lah,nk guna shopee ...
hasniey replied at 8-5-2021 10:53 PM
Ai prnah masukkan detail cc dlm google play sbb beli game.next time beli mmg xde mntak code ke apa ...
ADVERTISEMENT