Gara-gara menolak permintaan lelaki bernikah dengannya, seorang wanita di Pakistan dibunuh kejam. Memetik portal The Sun, graduan undang-undang dari Universiti Middlesex United Kingdom (UK) itu, Mayra Zulfiqar, 26, ditembak mati oleh seorang lelaki yang memecah masuk ke rumahnya di sini, Isnin lalu.
Mayra yang menetap di UK sebelum ini dilaporkan tiba ke negara itu dua bulan lalu untuk menghadiri sebuah jemputan majlis perkahwinan. Dia dilaporkan bakal bekerja di firma guaman, Duncan Blackett. Laporan bedah siasat mendedahkan mangsa mati ditembak dan kesan parut ditemukan pada mayatnya. Dalam dokumen mahkamah difailkan bapa saudaranya, mendakwa dua rakan mangsa cuba memaksanya berkahwin dengan mereka namun dia menolak. Malah, anak saudaranya juga yang menziarahi rumah terbabit dua hari sebelum insiden berdarah itu mengadu bahawa ada dua lelaki mengugut dan mengasari mangsa.
Pegawai Balai Polis Lahore, Qasim berkata, terdapat kesan tembakan pada bahu wanita itu. Bagaimanapun, punca kematian hanya akan diketahui selepas laporan forensik dan bedah siasat selesai. Katanya, dua lelaki disoal siasat kerana dipercayai membantu pembunuhan itu namun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini. Sumber: Harian Metro
|
234126 replied at 7-5-2021 03:58 PM
arwah baru nak start keja, graduan law pulak tu. Jantan tu terdesak sgt ajak kawin kenapa? ni mesti ...
gideoncross replied at 8-5-2021 02:25 AM
Mungkin btul tekaan uol ni sbb sbb jejantz Paki mmg x suka kat kaum pompuan, mysogynist tpi bila d ...
234126 replied at 8-5-2021 05:33 AM
Kat msia pun ramai sejenis laki gitu kan. Just belum tahap membunuh la kalau tak dapat. Paling kom ...
ADVERTISEMENT