|
Seorang kanak-kanak perempuan melepaskan tembakan di sebuah sekolah di negeri Idaho semalam, menyebabkan tiga orang cedera. Pelajar Rigby Middle School yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan belajar di gred enam, sekali gus dia mungkin berusia 11 atau 12 tahun.
Menurut Syerif Daerah Jefferson, Steve Anderson berkats, kanak-kanak itu mengeluarkan pistol dari beg sekolahnya dan melepaskan tembakan beberapa kali di kawasan sekolah sebelum berlari keluar. Insiden itu menyaksikan dua pelajar dan pekerja sekolah cedera, namun tidak serius, lapor AP. “Seorang guru berjaya merampas pistol dari tangan pelajar tersebut dan menahannya sehingga pihak berkuasa tiba di sekolah terbabit,” kata Anderson. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.038650 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.