Seorang wanita dari wilayah Henan, China membelanjakan lebih ASD154,000 (RM634,018) untuk membina dua jejantas pejalan kaki di hadapan sekolah anak lelakinya. Lapor Oddity Central, wanita yang dikenali sebagai Meng berbuat demikian bagi memastikan anaknya dan kanak-kanak lain dapat melintas jalan dengan selamat.
Meng memberitahu Stesen Televisyen Henan, keadaan jalan raya di luar sekolah anaknya kerap kali mengalami kesesakan ketika ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka. “Malah, tiada lampu isyarat dipasang di kawasan berhampiran sekolah itu. Jadi, amat bahaya untuk para pelajar dan guru melintas jalan,” katanya. Jelas Meng, antara sebab lain dia menggunakan wang sendiri untuk membina jejantas itu kerana lopak air sentiasa terbentuk di luar jalan sekolah itu menyebabkan kaki anaknya basah kuyup hampir setiap hari ketika pulang ke rumah.
“Lopak air yang terbentuk agak dalam dan menyukarkan para pelajar melintas jalan, termasuk anak saya,” katanya. Dilaporkan, sebuah jejantas sudah hampir selesai dibina dan satu lagi dalam peringkat permulaan. Kedua-dua jejantas itu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan dan menarik perhatian ramai pihak dengan rata-ratanya memuji wanita tersebut. Sumber: Utusan
|
Tinot7 replied at 7-5-2021 06:56 PM
Baru tau rega jambatan..
ADVERTISEMENT